Wednesday, August 24, 2011

Pertukaran Pegawai Tadbir Negeri Terengganu 10/2011



11 Pegawai bertukar


Oleh : ESAH BINTI ABDULLAH


Seramai 11 orang pegawai kanan kerajaan negeri pelbagai jawatan akan bertukar dan berkuatkuasa mulai 1 September depan.

Pejabat Setiausaha Kerajaan dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, menyenaraikan Pengarah Trevicosta Terengganu, Dato’ Haji Wan Zahari Wan Ngah ditukar ke jawatan baru sebagai Pengarah Bekalan Air Terengganu bagi mengisi kekosongan.

Manakala Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Marang, Encik Ibrahim Mohamad bertukar ke daerah Besut dan menjawat jawatan yang sama serta tempatnya di Marang diisii oleh Encik Zulkifli Ali yang sebelumnya adalah Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pengurusan Majlis & Protokol).

Pegawai Jawatan Kumpulan Pejabat Setiausaha Kerajaan, Encik Ab. Rasid Jusoh berpindah ke jawatan baru sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan (Pengurusan Majlis & Protokol) mengantikan tempat Encik Zulkifli Ali.

Penolong Kanan, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) (Hasil), Encik Wan Saifullizam Wan Jusoh akan bertukar ke Dungun selaku Penolong Kanan Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal) dan Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Terengganu, Encik Hamidi Othman bertukar ke Hulu Terengganu sebagai Penolong Kanan Pentadbir Tanah (Pembangunan Tanah dan Pelupusan).

Penolong Setiausaha Kerajaan (Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Terengganu), Encik Nik Mohd Syahrom Nik Md. Hashim pula menjadi Pengurus Unit Promosi dan Pengurusan Acara Pejabat Setiausaha Kerajaan dan tempat beliau di diisi oleh Encik Che Wan Mohd Zulkifli Che Wan Jalil yang sebelumnya adalah Penolong Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Sementara itu, Penolong Kanan Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal) Dungun, Tuan Syarifah Khairunzita Tuan Kechil bertukar ke jawatan yang sama di Hulu Terengganu untuk mengisi kekosongan dan berkuatkuasa 4 September.
Penolong Pengarah (Promosi) Unit Pengurusan Maklumat Terengganu (UPEN), Encik Hilman Hajijan bertukar ke Kemaman selaku Penolong Pegawai Daerah (Khidmat Pengurusan) manakala Penolong Pentadbir Tanah (Penguatkuasaan dan Hasil) Besut, Encik Mohd Kamal Abdul Rahman ke jawatan Penolong Pengarah (Promosi) UPEN.

*masa aku tukar dulu x sebut nama pun dalam web...hehehehehehe :) *

2 comments:

  1. tak fhm ayat ni: "Pegawai Jawatan Kumpulan Pejabat Setiausaha Kerajaan.. " hmm

    ReplyDelete
  2. maknanya pegawai ni sambung belajar atau di peti sejukkan

    ReplyDelete

komen jangan tak komen ;)