Friday, August 19, 2011

Kebersihan Bazar Ramadhan

Ayam Pusing

Ikan Bakar


Skudai: Peniaga Bazar Ramadan sekitar bandar raya ini diingatkan supaya tidak memakai barang kemas seperti cincin, jam dan gelang tangan ketika mengendalikan makanan di premis masing-masing, kerana perhiasan diri itu boleh membawa jangkitan menerusi kuman yang melekat padanya.


Jurucakap Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru berkata, selain itu mereka jugatidak dibenar memakai selipar ketika berniaga selain wajib mendapatkan pelalian tifoid bagi mengelak mereka menjadi punca jangkitan penyakit berjangkit. 

Katanya, dalam usaha memastikan semua syarat dipatuhi, penguat kuasa pejabat itu kini melancarkan pemeriksaan dan kempen secara mengejut di kawasan bazar Ramadan sekitar bandar raya ini. 

"Menerusi pemeriksaan juga, semua peniaga diberi ingatan supaya mematuhi peraturan kebersihan kerana masih ada yang tidak mengambil berat termasuk gagal menutup makanan hingga mudah dicemari habuk atau lalat. 

“Peniaga seharusnya faham maklumat disampaikan supaya mutu makanan terjamin bagi mengelak sebarang jangkitan kuman,” katanya ketika operasi kesihatan sambil mengedarkan risalah panduan pengendalian makanan ketika Ramadan di bazar dekat Jalan Kemuliaan, Taman Universiti, kelmarin. 

Jurucakap itu berkata, hasil pemantauan, masih ramai peniaga dikesan tidak mematuhi peraturan dan penjagaan mutu makanan yang dikhuatiri boleh memberi kesan kepada kebersihan makanan yang dijual seterusnya menyebabkan pembeli menjadi mangsa. 

“Kesedaran peniaga bazar terhadap aspek kebersihan ketika mengendali makanan penting untuk menghindari kejadian keracunan yang sering meningkat setiap kali Ramadan,” katanya yang turut disertai 12 orang petugas dalam operasi itu. -BH 

* entahlah satu je yang x paham..orang kita ni suka sangat beli kuih terdedah;  kalau kuih tertutup ni payah le org nak beli...agak2nya org nak membelek...pastu bila terdedah mari le sang Lat bercanda asmara...adegan mengibas2 sang Lat pun selalu ada*

2 comments:

komen jangan tak komen ;)