Tuesday, June 21, 2011

Macam-macam hal

salam

hari ni memberi ceramah MPPT, dibawah tajuk Setia & Muafakat

tibalah sesi persembahan...banyak2 kumpulan ada lah satu kumpulan yang selamba nya mempersembahkan pembentangan....

banyak2 ceramah agaknya belum ada lagi kot penceramah suruh bentang senarai ahli di hadapan........ hai...idea terjun dalam kepala...

Coach bola Zaidi MBKT membentangkan hasil kumpulan.... ada bakat!!


Jadi soalan berdasarkan gambar di atas adalah :

1. Sila berikan pengajaran yang didapati daripada perlawanan bola sepak di atas dengan konsep setia dan muafakat

2. Sila kaitan sifat2 tersebut dengan kehidupan seharian samaada semasa bekerja atau kehidupan biasa.


3 kumpulan dah bentangkan hasil.... last2 ni le ada dalam pembentangannya..

Sketsa hadiah


Adeh........ tergeliat pundi halkum ku....tengok gambar ni


ADIOS

Thursday, June 16, 2011

Heyyyyyyy heyyyyy heyyyyyy Karma - Faizal Tahir

Salam................

Asyik-asyik bola kan? jadi hari ni kita releks kan diri di hujung minggu







ADIOS

Tuesday, June 14, 2011

Terengganu kuasa besar sukan 2011

Salam......



Menteri Besar, Dato’ Haji Ahmad Said mengumumkan Ahad ini (19 Jun) sebagai cuti umum bagi menghargai kejayaan pasukan Terengganu menjuarai Piala FA serta kontijen negeri ini menjuarai Sukan Malaysia (Sukma) XVI.

“Dengan kuasa yang ada pada saya sebagai Menteri Besar, dengan ini saya mengumumkan bahawa hari Ahad ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan atlet kita,” katanya sambil diiringi tepukan gemuruh lebih 7,000 orang yang membanjiri Dataran Shahbandar bagi meraikan skuad Terengganu dan atlet yang menyertai kejohanan Sukma dan muncul juara kali ketiga berturut-turut.



Skuad bolasepak Terengganu yang menjuarai Piala FA, menerima ‘durian runtuh’ berupa wang tunai RM10,000 setiap seorang daripada kerajaan negeri, sebagai ganjaran kemenangan tersebut.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata imbuhan itu merupakan ganjaran tambahan kepada para pemain dan pengurus pasukan skuad berkenaan yang sebelum ini dijanjikan hadiah berupa lawatan ke London jika mereka memenangi piala tersebut.

Selain itu, setiap pemain juga akan diberi hadiah berupa komputer riba hasil sumbangan Syarikat Top IT, sebagai penghargaan kepada mereka yang telah mengharumkan nama negeri ini.



“Manakala bagi atlet yang memenangi pingat emas pada kejohanan Sukma akan diberi wang tunai RM5,000 manakala perak RM3,000 dan gangsa RM2,000 seperti yang dijanjikan sebelum ini,” katanya pada majlis meraikan pemain Piala FA dan atlet Sukma di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.


Syabas Terengganu


ADIOS

Aku dan Piala FA 2011

salam...

terus terang bila kalah 3-0 baru ni......luluh hatiku juga maklumlah lawan di tempat sendiri pun kalah....mungkin itu ingatan agar jangan terlalu yakin; jadi bila tengok final baru2  ni x le excited walaupun pada mulanya rasa best pelik je trg main sbb selalu dpt curi bola drpd pemain kelantan (ko org ingat senang ke nak rampas bola dari player kelantan...gua salute ko org). bila dapat gol penyamaan terus aku FB kawan MDB TA Jamaludin ( sokong TRW tu) ...dan kata "gilo mainan malam ni"..... x sangka jgk dpt gol dkt nak habis..

Kepada:

Pembaling Mercun Amatur,

UCAPAN TERIMA KASIH KERANA MENJADI PUNCA TERENGGANU MENANG PIALA FA 2011
Tuan/Puan/Cik 

Perkara di atas adalah dirujuk

thanks kpd pembaling mercun amatur, nyaris nak kena keeper Malaysia. membazir je ko beli mercun..... apa kejadahnya ko baling ke arah keeper Malaysia, ingat senang ke nak cari keeper yang bagus di malaysia, ko ingat  si Khairul Fahmi aka apek x cedera atau out performance .. kalau si keeper sharbinee cedera, letih le rajagobal cari keeper lain; seluruh penyokong Malaysia akan memaki ko mmg x tenang hidup lah

ni abang ko nak beritahu lain kali ko balinglah lagi ye...memang aku rasa malam tu ko x boleh tido pasal dah beri masa tambahan yg panjang............ kalau aku jadi ko aku x keluar rumah seminggu atau pun x payah pergi kerja sebulan...... 

aku rasa bukan si Daudsu yang jadi punca kelantan kalah tapi ko lah pembaling mercun amatur.dia memang x leh kawal speed masa berlari nak selamatkan bola, kalau si pembaling mercun jadi daudsu pun aku rasa ko lebih kurang sama je.. lagi pun dia org main dpt duit tapi ko baling habuk pun tadak...balik rumah pun menyesal pasal beri masa tambahan yg panjang

tu lah..... ko masuk ke stadium bukit jalil yg canggih tapi otak mental kelas ketiga ko yang ada klas tu buat menyemak je.... buat malu je peminat bola Malaysia.....

SEKIAN TERIMA KASIH
ni aku nak kongsi gambar kegembiraan aku penyokong ....gambar menceritakan segalanya















ADIOS

Monday, June 13, 2011

The Greatest Epic FA CUP 2011....Terengganu vs Kelantan

Salam

Blog aku hari ini memberikan penghormatan kepada pasukan bolasepak negeri kelahiran ku TERENGGANU

Biarpun kalah 3-0 dalam liga super sebelum perlawanan ini tetapi ini lah resmi Penyu...slow & steady

Kepada Anak /Penyokong Terengganu....pasanglah speaker kuat2 sambil menonton video ini.... pasti meremang bulu dan sedikit berair mata tanda gembira... -PETEH TRANUNG PETEH-




















-BERJUANGLAH DEMI TRANUNG-

ADIOS

Perkahwinan cuti pertengahan tahun 2011

Salam

adik2 ipar perempuan kali ni

kawan wife
cuti sekolah kali ni ramai betul org yg kawin.... adik ipar ku kawin.. mmmmmmmmm driver pengantin.

bila dah kawin mesti ada soalan...dah ada isi atau belum.....gitulah manusia x habis dgn soalan2.; aku? belum ada rezeki dan masih menanti. Allah memberi rezekiku melalui cara lain mungkin. 

(kering idea malam ni)
ADIOS

Sunday, June 12, 2011

Jozan memancing di Teluk Lipat


"teluk lipat

Salam,

Minggu ini maharaja lawak ada sesuatu yang istimewa kepada ku...........
Jozan dah sebut nama kampungku... Teluk Lipat .....peh bangganya ...tempat memancing ikan malas nak cakap banyak;korang layan le Jozan minggu ni ........"Memancing di Teluk Lipat"

ADIOS






Friday, June 10, 2011

Keretaku Iswara

"kakinya diganti"


salam

tetiba pulak malam ni nak up date dalam blog x seglamer mana ni (glamer?? jauh panggang dari api). malam ni nak coretkan pasal kereta ku...entah le tetibanya nak cerita hal kereta ISWARAku....

kereta Iswara model 1997ku ni..banyak berjasa kepada tuan yg menulis blog. kenapa? kereta ni berusia 14 tahun ni lah yang menjadi teman sejati kepada ku sejak 2004; lama tu kawang2. Jatuh bangun dalam kehidupan ku disaksikan oleh kereta ku yang setia ni....... tahun 2004 kalau kereta Iswara masih lagi tip top,maklumlah harganya dan masa tu masih ramai lagi yang pakai kereta ni. kalau yang baru pun masa tu Gen 2. memang aku x mampu le nak beli.. masa tu sebut gen 2 mmg cantik tapi memandangkan aku masih baru bekerja & x mampu bayar bulan2 yg tinggi jadi akhirnya iswara lah menjadi pilihan. RM23k je masa tu.. bayarnya 331 sebulan 7 tahun..dan sekarang ni lega dah habis bayar. :) betul lah apa yang cakap kereta yang paling best ialah kereta x ada hutang. 

Kenangan bulan ramadhan 2010


haha...dengan pelbagai kerja gunakan kereta ni..;pahit manis dalam kehidupan dari zaman ada kerja ...x ada kerja...zaman ikut org kerja tp hasil pun x ada ( masa ni kereta ni banyak duduk dlm garaj kat kampung sbb  x ada duit nak isi minyak dan aku pun banyak zzzz atas kerusi kat rumah....mmg aku ingat le sampai ke akhir hayat)..dapat kerja di sebuah kolej di Dungun yang bergaji RM 500 sebulan (4 bulan) Ubest (keretaku jadi tempat bawak PA sistem kehulu kehilir dll) ....casligas (pindah ke Ktrg sampai sekarang) sampailah menjawat PTN...... ini lah kuda yang tunggang.. dari zaman bujang sammmmmmmpai berdua walaupun belum bertiga.
:)

sampai sekarang kereta ni lah ku guna.. walaupun ada kuda baru (sbb kereta ni pun dah sampai masanya berjalan dekat2) tetapi memandu Iswara mmg best..sbb? aircond yang sejuk...tahan lasak yang penting minyaknya yang berbaloi.

family belah mem aku panggil kereta ku ini kereta buruk (sampai hari mak panggil kereta buruk sob sob sob nasib baik kereta x mengajuk)...tapi ni lah kereta yang banyak berjasa. ayah aku di dungun rupa2nya berkenan nak guna kereta ni tapi aku dah cakap nak pakai 2 sbb wife nak guna utk kerjanya.... satu hari kat workshop pomen ada beritahu org tanya pasal kereta aku........mcm minat je nak beli katanya pasal enjin dan body masih cantik (kembang kuncup ,ada jugak org suka model iswara)..jawabku kereta nii nak pakai lagi..

kalau di pejabatku mungkin le kereta ku le yang paling lama.... mercedes lama ada juga tapi x kira le sbb org pandang kereta pasal brand...dah jadi showroom pulak parking kereta kat ofis... ada sorang lagi kawan yang pakai iswara namanya boy aka shahril..kiranya aku ada geng Iswara kat situ......

jadi aku buat keputusan untuk pakai kereta ni lagi untuk kegunaan harian dan x ada niat nak jual buat masa ni...sebab iswara adalah kereta yang LASAK!!! 

ADIOS

Wednesday, June 8, 2011

Preview Final Piala FA 2011

Trio Penggempur Terengganu 2011



 Perang Budu 2011
 *Credit photography - Wawan Faiz & Mat redo1's
Tak kisah siapa yang menang tapi pantai timur menguasai bola sepak tahun ini. Amacam orait tak?

ADIOS

Sunday, June 5, 2011

Bloopers..

salam

aiii... bestnya lepak2 menghabiskan cuti bersama isteri tersayang... maklumlah kan namanya cuti

sambil menonton tv... kebetulan masa tu tgh hebat diceritakan muktamar PAS tapi

tetiba.....




aku cuba tengok dan fokus sekali lagi......


rupanya mata ku x rabun....aii cikgu ilmu alam x habis mengajar habis ... tu kan peta Johor, selatannya pulau Singapura...

mungkin staf ASTRO AWANI x perasan (sambil mengurut dada ku)

ADOI ASTRO AWANI

ADIOS

Friday, June 3, 2011

TV Alhijrah @ ASTRO

Salam.......

lama betul  x menonton Tv Alhijrah....walaupun ada siaran free tv ni di Kuala Terengganu tapi sbb kualiti siarannya berbelang skit.... (arial murah) & pengisian yang masih kosong (cerita tiada subtitle walaupun menarik) namun.... Aku sekarang terpukau...


Welcome to Earth



Awal penubuhan.....

WOW !!!! sudah berbeza


Irma Hasmie & Wan Kay (tagline : apa kejadahnya) jd penyeri stesen ni

Astro 114 mulai 1 Jun 2011
Semoga Tv Alhijrah sukses dalam mendidik dan mengingati masyarakat mendekatiNYA.... Insyallah