Wednesday, December 28, 2011

Aku orang kampung teluk lipat,dungun

"kalau takut dilambung ombak...jangan berumah di tepi pantai"

sesuai lah kot ayat ni......ini le gambar pantai teluk lipat kampungku.......... 












Picturescredit to FB Mr. Hew Seng Heng. Nak tgk banyak2 lagi  blh g kat FB beliau.

Sunday, December 18, 2011

Hari itu........




 Salam....


dah lama dah berblogging....hari ni nak berkongsi detik2 bersejarah utk negeri.... tengok ye....


malam sebelum hari itu



posing dule ye...depan almari :)

menunggu tuanku sampai.....ada jugak member interframe dalam ini cerita....huhuhuhu

Panji askar melayu.....nampak x kamera kat atas "jambatan" kapal terbang...demi liputan yang menarik

kereta dah sedia

diiringi MIG 29

dah pun sampai
 apa2 pun mendengar lagu Negaraku dan Selamat Sultan live memang meramang bulu sihh

ADIOS


Saturday, October 15, 2011

Terengganu & TTeam ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2011


Ashaari (kanan) menjaringkan gol kedua Terengganu pada suku akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad, malam tadi.

Terbukti Terengganu mampu melahirkan pasukan bolasepak yang disegani di negara ini sesuai dengan hasratnya menjadi kuasa sukan baru negara.

Dua pasukan bolasepak Ganu Nelang – Terengganu dan T’Team semalam meletakkan dirinya layak ke Separuh Akhir Piala Malaysia dan menunggu masa untuk bertarung ke akhir selepas Terengganu sebelum ini meraih juara Piala FA 2011.

Keajaiban mencari dua lagi gol tak kesampaian dan juara Piala FA itu yang menang 3-1 di Kuala Terengganu, lebih berhak ke separuh akhir apabila bertahan kental memastikan kedudukan 2-2 kekal hingga tamat.

Penyandang juara Piala Malaysia, Kelantan tersingkir selepas tewas 5-3 secara agregat kepada Terengganu selepas keputusan seri 2-2 di Stadium Sultan Mohamad IV malam tadi sambil T-Team turut mengukir bangga apabila mengatasi Sabah, 2-1 dan agregat 4-2.

Menguasai saingan sepanjang 17 minit pertama, Kelantan gagal memanfaatkan beberapa peluang terhidang sebelum Ashaari Shamsudin menewaskan Khairul Fahmi Che Mat dengan bola lambung hasil umpanan Abdul Hadi Yahaya dalam serangan balas pada minit ke-18.

Di depan lebih 40,000 penyokong setia, The Red Warriors cuba bangkit tetapi skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim lebih tenang dalam mengatur serangan balas dan mendahului dua gol sebelum rehat apabila Ashaari sekali lagi menewaskan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-40.

Terengganu meneruskan asakan di babak kedua tetapi juara Liga Super, Kelantan yang dibimbing Datuk M Karathu merapatkan jurang pada minit ke-54 menerusi Azamudin Akil hasil kesilapan penjaga gol Sharbinee Allawee dan mengikat kedudukan menerusi sepakan penalti Badhri pada minit ke-70 selepas bola terkena tangan kapten Terengganu, Marzuki Yusof.

Ketika keajaiban mencari dua lagi gol tak kesampaian, juara Piala FA Terengganu yang menang 3-1 di Kuala Terengganu, lebih berhak ke separuh akhir apabila bertahan kental memastikan kedudukan 2-2 kekal hingga tamat untuk mara selesa

T’Team mengiring kemaraan pasukan ‘abang’ Terengganu ke separuh akhir apabila menewaskan Sabah 2-1 dalam saingan suku akhir kedua di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi untuk layak dengan agregat 4-2.

Namun di awal babak pertama, rumah, T-Team yang berbekal kemenangan 2-1 dalam perlawanan pertama, meresahkan penyokong sendiri apabila membiarkan barisan depan Sabah yang diketuai Zainizam Marjan mendominasi perlawanan dan hampir dihukum Alto Linus apabila rembatan penyerang itu singgah ke palang ketika penjaga gol, Mohd Zairi Hafiezi Idris sudah tertewas.

Di sebalik keghairahan Sabah mencari gol pendahuluan, rembatan rendah Fitri Omar meletakkan T-Team di depan apabila mudah menewaskan penjaga gol Sabah, Syed Adney Syed Hussein pada minit ke-28 selepas umpanan cantik Norfarhan Mohamad.

Bersemangat dengan gol pertama, dua cubaan Indra Putra Mahyuddin dan Fitri sekadar menyuntik semula semangat tuan rumah dan kesungguhan jentera serangan, membolehkan Zairo Anuar Zailani meletakkan T-Team dalam keadaan lebih selesa dengan rembatan kencang untuk gol kedua pada minit ke-67.

Sabah yang terus menunjukkan sifat melawan merapatkan kedudukan menerusi Mafri Balang pada minit ke-86 tetapi ia tidak cukup untuk menghalang kemaraan skuad Yunus Aliff ke separuh akhir.

Sementara itu kesungguhan semata-mata tidak mencukupi buat Perak untuk menandingi Selangor apabila tunduk 1-0 di gelanggang sendiri pada suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Perak, malam tadi.

Tuan rumah yang turun dengan semangat tinggi sebaliknya terpaksa menelan keperitan sekali lagi apabila sentuhan daripada sepakan percuma Shafiq Rahim menghukum anak buahnya Norizan Bakar sebelum Rudie Ramli mudah menanduk masuk bola tampanan Nasril Nourdin ke gawang yang kosong untuk gol tunggal perlawanan itu dan agregat keseluruhan 4-1.

Perak walaupun menguasai permainan tidak nampak kelihatan mampu menjaringkan gol kerana selain tidak banyak mencipta peluang turut mendapati benteng lawan terlalu kental untuk ditembusi.

Negeri Sembilan pula yang ketinggalan dengan agregat 0-1 menang bergaya di Paroi apabila bertemu Felda United dengan jaringan 3-0 menjadikan agregat 4-1.

Negeri Sembilan akan bertemu T'Team pada saingan separuh akhir nanti.

Utusan, Berita Harian. Harian Metro

Friday, September 23, 2011

Undilah........





Sebuah Projek Kesedaran Sosial berbentuk Video Musik oleh Pete Teo demi menggalakkan tanggungjawap Mengundi. Lagu ini dipersembahkan oleh Afdlin Shauki, Namewee & Tengku Razaleigh Hamzah dan ramai anak Malaysia termasuklah @Aisehman, Baki Zainal, Bront Palarae, Chelsia Ng, Daphne Iking, Jehan Miskin, Johan F. Khairuddin, Karamjit Singh, Lai Ming, Lee Chong Wei, Nurul Izzah Anwar, Rosnah Abd Rashid Shirlin, Rina Omar, Reshmonu, Sharifah Amani, Sazzy Falak, Reza Salleh, Tengku Azmil Zahruddin, Tony Fernandes, Wardina Safiyyah, Wee Ka Siong, Yasmin Yusuf, Albert Law, A. Kohilan Pillay, Jason Lo, Mohan, Khalid Samad, Aizat Amdan, Tee Hui Ling, Usha Nandhini, Chia Ting Ting, Nur Farina, Sassi Tharan Rajoo, Nik Nazmi, Tony Pua & David Lai.


TERKINI : 
SKMM melalui e-mel kedua-dua Astro dan Media Prima Bhd, mengarahkan mereka tidak menyiarkan klip video yang mempromosikan hak untuk mengundi yang dihasilkan oleh pemuzik Pete Teo kerana Ku Li bercakap mengenai negara yang mempunyai masalah dan juga kerana ia memaparkan beberapa pemimpin pembangkang.

Selain dari Tengku Razaleigh, video ini juga mempunyai Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin dan tokoh-tokoh pembangkang Petaling Jaya Utara MP Tony Pua, Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar, Shah Alam MP Khalid Samad dan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad.


komen: maleh juga aku nak ulas benda mcm ni........kadang2 alasan SKMM pun x masuk akal.....nak promosi suruh pergi mengundi pun salah ke? mengundi ni elemen poltik...dalam politik ada pihak kerajaan & pembangkang,,,,bila pihak kerajaan dan pembangkang sama-sama ajak mengundi untuk segarkan demokrasi pun salah ke? makin bertambahlah orang x suka kerajaan sekarang kalau macam ni..... 

Wednesday, September 21, 2011

Anda Putus Cinta??


saya belanja anda lagu :

Reza & Masaki Ueda - Biar Menjadi Kenangan


Selamat Berhibur

Thursday, September 15, 2011

Kita merdeka 1948?

Ahli akademik pro-Umno Datuk Ramlah Adam menegaskan, polis yang berkhidmat ketika tragedi Bukit Kepong bukan polis British, sebaliknya berkhidmat dengan negeri Melayu yang berdaulat.

ramlah adam 150911 perkasaKatanya, pada zaman itu, British benar-benar menjadi penasihat kepada raja-raja Melayu dan arahannya tidak lagi mesti diikuti, berbeza dengan keadaan ketika Perjanjian Pangkor dimeterai pada tahun 1874.

"British buat perjanjian bertulis dengan raja-raja Melayu bahawa mereka ketua negeri masing-masing. Dan bila dilantik menteri besar, yang lantik menteri besar sultan, yang lantik pegawai kerajaan sultan. 

"British hanya British adviser (penasihat British). Buat kali pertamanya British adviser memang betul-betul adviser, berbeza dengan Perjanjian Pangkor 1874 yang ditulis bahawa nasihat itu mesti diikuti," katanya.

Bercakap dalam forum Mat Indera di Kuala Lumpur malam tadi, Ramlah berkata, selepas orang Melayu menolak Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada tahun 1948, raja-raja Melayu telah dipulangkan kuasa mentadbir negeri dan jajahan takluknya.

amin iskandar article 291008 merdeka"Hanya Kuala Lumpur bawah British (ketika itu)," tambahnya.

Sehubungan itu, katanya, dakwaan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bahawa polis pada masa itu bekerja untuk British dan Tunku Abdul Rahman sebagai pegawai British adalah "sangat salah".

"British hanya berkuasa dalam pentadbiran, bukan kedaulatan. Ini kejayaan Melayu terbesar, tolak penguasaan British melalui Malayan Union," katanya.







("Hanya Kuala Lumpur bawah British (ketika itu)"- Tambah pening kepala otak orang Malaysia... tempat-tempat lain seperti Selangor (dulu Kuala Lumpur adalah sebahagian daripada Selangor )bukan dibawah British? dah tu sebenarnya bila kita merdeka? 1948 atau 1957? songsang kepala aku)

hebatnya Safee Sali


GOL PERTAMA SAFEE SALI-CARDIFF CITY

Penyerang sensasi negara, Safee Sali mempamerkan taringnya apabila meledak gol sulung pada hari pertama sesi latihan bersama Cardiff City di pusat latihan kelab tersebut, kelmarin.
Jaringan sulung Safee pada perlawanan lima sebelah itu begitu menarik apabila dia mengelecek pemain pertahanan skuad bimbingan Malky Mackay.

GAMBAR SAFEE SALI DALAM MEDIA LUAR NEGARA
SESI ujian Safee Sali ke Cardiff City mendapat liputan meluas di Britain yang menyiarkan berita mengenainya pada halaman utama ruangan sukan dengan menyifatkan penyerang kebangsaan itu sebagai ‘David Beckham Malaysia.’
Ia merupakan perkembangan terbaru Safee yang disampaikan oleh pengurus peribadi pemain itu, Zakaria Ab. Rahim yang bangga dengan pencapaian Safee pada hari pertama bersama kelab divisyen dua England itu.
“Sebelum meledak jaringan tersebut, Safee mempamerkan kehandalannya apabila mengelecek seorang pemain pertahanan skuad Bluebirds.
“Selepas menjaringkan gol, Safee dijatuhkan oleh pemain yang berjaya dilepasinya sebelum itu namun Safee tidak mengalami apa-apa masalah.
Tambah Zakaria, Safee mula menyertai sesi latihan kelab itu di Stadium Cardiff City buat kali pertama selepas berlatih di pusat latihan kelab itu Selasa lalu.
“Safee menunjukkan keserasian dengan pemain dan hubungan dengan rakan sepasukan yang lain amat baik.
“Jurulatih tidak menganggap Safee sebagai orang asing semasa latihan serta memberikan layanan yang sama seperti mana pemain lain,” katanya.

Menurutnya, Safee tidak mengalami masalah seperti tempat penginapan yang hanya lima minit berjalan kaki ke pusat latihan Cardiff City.
Sementara itu, mengenai laporan akhbar tempatan Wales yang menggelar Safee sebagai ‘David Beckham Malaysia’, Zakaria berkata: “Ia mampu menyuntik semangat Safee kerana ramai yang semakin mengenalinya.
“Cabaran berlatih di sana amat bagus buat Safee kerana dia dapat bersama dengan pemain yang jauh lebih tinggi tahap keupayaannya, terutama apabila berlatih dengan penyerang Cardiff City,” katanya.


Read more: http://www.enciknakal.com/2011/09/safee-sali-pamer-taring-di-cardiff-city.html#ixzz1Y039oAbD

Perodua Myvi SE 1.5 & Extreme



kredit: blog e-kereta



MAHALNYA..... Myvi 1.5 utk lebih RM 50k?.....dekat nak sama dengan persona atau Vios....pehhhh 

Gaji minimum RM 1500

SHAH ALAM 15 SEPT : Bermula Januari tahun hadapan, setiap kakitangan anak syarikat kerajaan negeri Selangor bakal menikmati skim gaji minima RM1,500.  

Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, pelaksanaan gaji minima ini adalah di antara pelan-pelan tindakan tiga tahun Pakatan Rakyat 2011-2013 yang akan dilancarkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim esok.

Pakatan Rakyat sebelum ini menerusi Buku Jingga berjanji memperkenalkan skim gaji minima untuk semua pekerja di Malaysia dalam janji 100 hari pentadbirannya di Putrajaya.

"Kini kita terjemahkan janji itu dengan melaksanakannya terlebih dahulu di negeri Selangor," katanya.

Berbagai pelan tindakan telah dirangka yang merangkumi pelbagai aspek; pembangunan negeri dan kebajikan rakyat. Ia merupakan janji gagasan itu bagi menghadapi pilihan raya umum yang mungkin diadakan akhir tahun ini ataupun awal tahun hadapan.

Pelan tindakan ini juga bakal menyediakan peruntukan RM5 juta untuk pembangunan kampung baru di seluruh Selangor.

Tahun lalu, sebanyak RM4.6 juta diperuntukkan bagi membantu 465 kampung melaksanakan program kemasyarakatan di mana sebanyak RM10,000 diberikan untuk setiap kampung membabitkan kampung tradisional dan kampung baru Cina di seluruh Selangor.

Bagi meningkatkan kualiti kemudahan untuk rakyat, kerajaan negeri juga setuju untuk menyediakan dana sebanyak RM4 juta untuk membaiki jalan-jalan di kampung-kampung tradisi di negeri ini.

Sementara bagi hal ehwal keselamatan pula, RM3 juta akan diperuntukkan bagi pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan yang mencatatkan peratusan jenayah yang membimbangkan. Pemasangan CCTV akan dimulakan di Subang Jaya.

Manakala RM1 juta pula akan diperuntukkan kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini bagi kegunaan penyelenggaraan longkang, jalan raya dan jambatan di kawasan masing-masing.

Sementara itu, kerajaan negeri juga bakal melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan atau pilihan raya kerajaan tempatan bermula tahun hadapan di Petaling Jaya.



(Banyaknya duit Selangor.....)

Wednesday, September 14, 2011

Soalan Matematik SPM?


Komen...........

Kalau betul le ada soalan SPM gini.... kakakakakakakakkakaah

Tuesday, September 13, 2011

Hairan bin Pelik

salam
........ hairan di rumah ku


mula2 pagar kemek...;
kemudian 2 biji batu dibawah pintu kereta; tapi tiada kemek kereta ;
pagi tadi hangar dibelakang rumah....tapi kain batik di atas atap.... 


??????????????????????????????


PELIK & AJAIB

Thursday, September 8, 2011

Ustaz Azhar Idrus akan cakap tranung @tv Alhijrah

kredit FB ustaz azhar 






Ustaz Azhar Idrus @ tv Al-Hijrah... 

(astro: saluran 114, ) 
Rabu 14 September 2011 jam 9.00@9.30 malam
insyAllah, siaran yang memecahkan rekod penyiaran tv Malaysia




-TERKINI DIBATALKAN-

Hantaran kawin



salam

nak kongsikan se perkara......ada kajian ke benda ni??


dikatakan :
Hasil Kajian Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran di Seluruh Semenanjung Malaysia :-

UPSR, PMR/SRP : RM1,000 - RM3,000

SPM : RM3,000 - RM8,000

STPM/DIPLOMA : RM8,000 - RM12,000

DEGREE : RM12,000 - RM15,000

2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 - RM20,000

PHD : RM20,000 - RM30,000





apasal mahal sangat?? minyak naik hantaran naik??mmmmmmmmmmmmmmmmmmmm




komen ust azhar idrus :


kalau pengetahuan agama tak tahu, jahil aqidah, halal haram tak reti... buang duit je tu.. 


ADIOS

Tuesday, September 6, 2011

Piala Malaysia- Terengganu

Perjuangan sudah bermula..........




Sime Darby vs Terengganu (Stdm MP Selayang) siaran tertunda Astro Arena 10.30 malam ini

Kumpulan Piala Malaysia 2011
KUMPULAN A
Kedah
Perak
Sabah
Johor
KUMPULAN B
Terengganu
Negeri Sembilan
Selangor PKNS
Kuala Lumpur Sime Darby
KUMPULAN C
Kelantan
Johor FC
Kuala Lumpur Felda United
Sarawak
KUMPULAN D
Selangor
PDBKT T-Team
Kuala Lumpur
PDRM

ADIOS

Saturday, September 3, 2011

Filem Paloh

salam...



mungkin entry kali ni agak "taboo" dan tidak digemari bagi sesetengah orang. mungkin aku agak berani atau "tak cerdik" kerana cuba mengkaji sejarah. dah lama tinggalkan pelajaran Sejarah di bangku sekolah menengah tapi aku pun cuba memahami kenapa dan mengapa....

dalam banyak2 filem sejarah yang aku pernah tonton antaranya Bukit Kepong, Leftanen Adnan, Darah Satria, Merong Mahawangsa dan lain2 (walaupun itu hanyalah lagenda) dalam banyak2 filem sejarah yang ditonton  filem Paloh lah paling aku sukar nak pahami sampai hari ni. kita kalau menonton filem sudah tentunya mahukan jawapan seperti..eh kenapa jadi begini begitu dan ini...tapi rupa2nya semasa aku mandi pagi tadi mari kaitan apa yang berlaku isu hari ini dengan filem sejarah yang digarap oleh pengarah Adman Salleh. rupanya2 pengarah Adman Salleh adalah pengarah yang "dianugerahkan" antara pencapaiannya

9752 dilihat
Adman Salleh
Nama Penuh :Adman Bin Mohd Salleh
Tempat Lahir :Pulau Pinang
Bangsa :Melayu
Bahasa :Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu
Kerjaya :Pengarah


Lakonan
2008
:
  Histeria - (Pelakon Pembantu)
2004
:
  Berlari Ke Langit - (Pelakon Pembantu)

Krew Filem
2003
:
  Paloh - (Pengarah)
2003
:
  Paloh - (Lakon layar)
1995
:
  Amok - (Cerita Asal)
1995
:
  Amok - (Pengarah)
1991
:
  Bintang Malam - (Lakon layar)
1991
:
  Bintang Malam - (Pengarah)

Anugerah 
2004
:
  Festival Filem Malaysia Ke 17 - Pengarah Terbaik
1992
:
  Festival Filem Malaysia ke 10 - Pengarah Terbaik
1992
:
  Festival Filem Malaysia ke 10 - Lakon Layar Terbaik
 

aku tertarik kepada 2 filem yang diarahkan iaitu Amok dan Paloh; Amok mengkaji tabiat orang Melayu yang "mengamok" hinggakan perkataan amok itu dimasukkan kedalam kamus Oxford. (berat kepala pembaca blog aku hari ni...hari ni berfalsafah skit)

manakala filem Paloh pula menceritakan keadaan dan suasana sebelum merdeka semasa pendudukan jepun di Tanah Melayu berlatarbelakangkan suatu tempat bernama Paloh di Johor. Cerita ini agak berani kerana mengandungi unsur2 ganas...seks dan aksi. namun filem ini memang telus menceritakan suasana dan keadaan kacau bilau hubungan sosial dan politik zaman tersebut. Pendek kata aku terfikir satu watak namanya Ariffin Nur (Samat Salleh) dan pengikut-pengikutnya yang warak akhirnya menjadi anggota komunis, walaupun ideologi komunisme jelas menentang agama. Perkara ini wujud akibat kecewa mereka kepada keadaan yang berlaku pada waktu itu. Adakah Adman Salleh mengkiaskan Mat Indera yang kontroversi sekarang itu dengan watak Ariffin Nur... mmmmmmmm aku masih berfikir

bersama ini disertakan wikipedia filem paloh 

Paloh is a 2003 Malaysian historical film directed by Adman Salleh. This film is produced by Filem Negara Malaysia and the National Film Development Corporation Malaysia (FINAS). This film is rated 18PL for strong brutal violence and terror throughout, sexual assaults, gruesome images and pervasive strong language.

[edit]Plot

Set in the small town of PalohJohor, during the final days of the Japanese occupation in 1944, the movie is about the confrontation between the Japanese occupying force and the Communist Party of Malaya. In order to survive, four friends - Ahmad, Osman , Puteh and Harun choose to serve the Japanese Police Force. Amidst a sea of uncertainties, Ahmad falls in love with Siew Lan and Puteh falls in love with Fatimah - both girls from different worlds , different cultures, even opposing sides. And Osman - a friend of theirs and a spy for the Japanese Police - chooses to serve his own agenda. Swee Lan's father is a local leader of the Bintang Tiga sympathizers and has asked Swee Lan to establish a love relationship with Ahmad so as to gather intelligence of the Japanese movements. However, Swee Lan really falls in love with Ahmad and thus begins a deep struggle within her. She has to either obey her father or betray her lover. Ahmad, on the other hand, sees the high handedness of the Japanese and he does not want to be a part of the Japanese scheme any more. As one character says in the movie, "Whether it is the British , the Japanese or the communist, they are all the same. But at least the communist are fighting to free us." **(nota aku-dialog ini diungkapkan oleh Ariffin Nor kalau tidak silap mohon pembetulan)**

[edit]Cast


 ADIOS

Selamat Hari Malaysia