Friday, September 23, 2011

Undilah........





Sebuah Projek Kesedaran Sosial berbentuk Video Musik oleh Pete Teo demi menggalakkan tanggungjawap Mengundi. Lagu ini dipersembahkan oleh Afdlin Shauki, Namewee & Tengku Razaleigh Hamzah dan ramai anak Malaysia termasuklah @Aisehman, Baki Zainal, Bront Palarae, Chelsia Ng, Daphne Iking, Jehan Miskin, Johan F. Khairuddin, Karamjit Singh, Lai Ming, Lee Chong Wei, Nurul Izzah Anwar, Rosnah Abd Rashid Shirlin, Rina Omar, Reshmonu, Sharifah Amani, Sazzy Falak, Reza Salleh, Tengku Azmil Zahruddin, Tony Fernandes, Wardina Safiyyah, Wee Ka Siong, Yasmin Yusuf, Albert Law, A. Kohilan Pillay, Jason Lo, Mohan, Khalid Samad, Aizat Amdan, Tee Hui Ling, Usha Nandhini, Chia Ting Ting, Nur Farina, Sassi Tharan Rajoo, Nik Nazmi, Tony Pua & David Lai.


TERKINI : 
SKMM melalui e-mel kedua-dua Astro dan Media Prima Bhd, mengarahkan mereka tidak menyiarkan klip video yang mempromosikan hak untuk mengundi yang dihasilkan oleh pemuzik Pete Teo kerana Ku Li bercakap mengenai negara yang mempunyai masalah dan juga kerana ia memaparkan beberapa pemimpin pembangkang.

Selain dari Tengku Razaleigh, video ini juga mempunyai Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin dan tokoh-tokoh pembangkang Petaling Jaya Utara MP Tony Pua, Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar, Shah Alam MP Khalid Samad dan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad.


komen: maleh juga aku nak ulas benda mcm ni........kadang2 alasan SKMM pun x masuk akal.....nak promosi suruh pergi mengundi pun salah ke? mengundi ni elemen poltik...dalam politik ada pihak kerajaan & pembangkang,,,,bila pihak kerajaan dan pembangkang sama-sama ajak mengundi untuk segarkan demokrasi pun salah ke? makin bertambahlah orang x suka kerajaan sekarang kalau macam ni..... 

No comments:

Post a Comment

komen jangan tak komen ;)