Thursday, September 15, 2011

Kita merdeka 1948?

Ahli akademik pro-Umno Datuk Ramlah Adam menegaskan, polis yang berkhidmat ketika tragedi Bukit Kepong bukan polis British, sebaliknya berkhidmat dengan negeri Melayu yang berdaulat.

ramlah adam 150911 perkasaKatanya, pada zaman itu, British benar-benar menjadi penasihat kepada raja-raja Melayu dan arahannya tidak lagi mesti diikuti, berbeza dengan keadaan ketika Perjanjian Pangkor dimeterai pada tahun 1874.

"British buat perjanjian bertulis dengan raja-raja Melayu bahawa mereka ketua negeri masing-masing. Dan bila dilantik menteri besar, yang lantik menteri besar sultan, yang lantik pegawai kerajaan sultan. 

"British hanya British adviser (penasihat British). Buat kali pertamanya British adviser memang betul-betul adviser, berbeza dengan Perjanjian Pangkor 1874 yang ditulis bahawa nasihat itu mesti diikuti," katanya.

Bercakap dalam forum Mat Indera di Kuala Lumpur malam tadi, Ramlah berkata, selepas orang Melayu menolak Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada tahun 1948, raja-raja Melayu telah dipulangkan kuasa mentadbir negeri dan jajahan takluknya.

amin iskandar article 291008 merdeka"Hanya Kuala Lumpur bawah British (ketika itu)," tambahnya.

Sehubungan itu, katanya, dakwaan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bahawa polis pada masa itu bekerja untuk British dan Tunku Abdul Rahman sebagai pegawai British adalah "sangat salah".

"British hanya berkuasa dalam pentadbiran, bukan kedaulatan. Ini kejayaan Melayu terbesar, tolak penguasaan British melalui Malayan Union," katanya.







("Hanya Kuala Lumpur bawah British (ketika itu)"- Tambah pening kepala otak orang Malaysia... tempat-tempat lain seperti Selangor (dulu Kuala Lumpur adalah sebahagian daripada Selangor )bukan dibawah British? dah tu sebenarnya bila kita merdeka? 1948 atau 1957? songsang kepala aku)

No comments:

Post a Comment

komen jangan tak komen ;)