Friday, August 19, 2011

Berita Bazar Ramadhan


BESUT – Sebanyak 11 daripada 178 sampel makanan dan minuman dari Bazar Ramadan disini didapati mengandungi bakteria berbahaya yang boleh menyebabkan keracunan makanan.
Pemeriksaan keatas sampel terbabit dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Terengganu yang membuat pemeriksaan di semua Bazar Ramadan seluruh negeri sejak awal Ramadan.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Terengganu, Dr. A.Rahman Mokhtar berkata, 11 peniaga makanan dan minuman terbabit diarah menghentikan perniagaan.
“Sehingga kini sudah 11 peniaga makanan dan minuman di Bazar Ramadan di Terengganu diarah menghentikan perniagaan selepas mereka didapati menjual makanan yang dicemari dengan bakteria berbahaya yang boleh menyebabkan keracunan makanan,” katanya di sini hari ini.
Mengulas lanjut, A.Rahman berkata, sampel makanan yang tercemar itu dikesan di tujuh gerai di Kemaman, tiga di Kuala Terengganu dan satu di Marang yang diambil sejak awal puasa.
Justeru, katanya, orang ramai tidak perlu terlalu bimbang dengan situasi tersebut kerana Jabatan Kesihatan Terengganu sentiasa membuat pemantauan.
Malah, kata beliau, hingga semalam Jabatan Kesihatan negeri telah memeriksa sebanyak 2,075 gerai yang dikendalikan oleh seramai 5,114 pengendali berdaftar.

3 comments:

  1. harap2 bebaslah dripd keracunan manakan sbb suka juga beli makanan utk bbuka di bazaar...

    ReplyDelete
  2. paling penting jangan selalu membeli di bazar ramadhan...baik masak sendiri :)

    ReplyDelete

komen jangan tak komen ;)