Friday, June 10, 2011

Keretaku Iswara

"kakinya diganti"


salam

tetiba pulak malam ni nak up date dalam blog x seglamer mana ni (glamer?? jauh panggang dari api). malam ni nak coretkan pasal kereta ku...entah le tetibanya nak cerita hal kereta ISWARAku....

kereta Iswara model 1997ku ni..banyak berjasa kepada tuan yg menulis blog. kenapa? kereta ni berusia 14 tahun ni lah yang menjadi teman sejati kepada ku sejak 2004; lama tu kawang2. Jatuh bangun dalam kehidupan ku disaksikan oleh kereta ku yang setia ni....... tahun 2004 kalau kereta Iswara masih lagi tip top,maklumlah harganya dan masa tu masih ramai lagi yang pakai kereta ni. kalau yang baru pun masa tu Gen 2. memang aku x mampu le nak beli.. masa tu sebut gen 2 mmg cantik tapi memandangkan aku masih baru bekerja & x mampu bayar bulan2 yg tinggi jadi akhirnya iswara lah menjadi pilihan. RM23k je masa tu.. bayarnya 331 sebulan 7 tahun..dan sekarang ni lega dah habis bayar. :) betul lah apa yang cakap kereta yang paling best ialah kereta x ada hutang. 

Kenangan bulan ramadhan 2010


haha...dengan pelbagai kerja gunakan kereta ni..;pahit manis dalam kehidupan dari zaman ada kerja ...x ada kerja...zaman ikut org kerja tp hasil pun x ada ( masa ni kereta ni banyak duduk dlm garaj kat kampung sbb  x ada duit nak isi minyak dan aku pun banyak zzzz atas kerusi kat rumah....mmg aku ingat le sampai ke akhir hayat)..dapat kerja di sebuah kolej di Dungun yang bergaji RM 500 sebulan (4 bulan) Ubest (keretaku jadi tempat bawak PA sistem kehulu kehilir dll) ....casligas (pindah ke Ktrg sampai sekarang) sampailah menjawat PTN...... ini lah kuda yang tunggang.. dari zaman bujang sammmmmmmpai berdua walaupun belum bertiga.
:)

sampai sekarang kereta ni lah ku guna.. walaupun ada kuda baru (sbb kereta ni pun dah sampai masanya berjalan dekat2) tetapi memandu Iswara mmg best..sbb? aircond yang sejuk...tahan lasak yang penting minyaknya yang berbaloi.

family belah mem aku panggil kereta ku ini kereta buruk (sampai hari mak panggil kereta buruk sob sob sob nasib baik kereta x mengajuk)...tapi ni lah kereta yang banyak berjasa. ayah aku di dungun rupa2nya berkenan nak guna kereta ni tapi aku dah cakap nak pakai 2 sbb wife nak guna utk kerjanya.... satu hari kat workshop pomen ada beritahu org tanya pasal kereta aku........mcm minat je nak beli katanya pasal enjin dan body masih cantik (kembang kuncup ,ada jugak org suka model iswara)..jawabku kereta nii nak pakai lagi..

kalau di pejabatku mungkin le kereta ku le yang paling lama.... mercedes lama ada juga tapi x kira le sbb org pandang kereta pasal brand...dah jadi showroom pulak parking kereta kat ofis... ada sorang lagi kawan yang pakai iswara namanya boy aka shahril..kiranya aku ada geng Iswara kat situ......

jadi aku buat keputusan untuk pakai kereta ni lagi untuk kegunaan harian dan x ada niat nak jual buat masa ni...sebab iswara adalah kereta yang LASAK!!! 

ADIOS

6 comments:

komen jangan tak komen ;)