Tuesday, June 14, 2011

Terengganu kuasa besar sukan 2011

Salam......



Menteri Besar, Dato’ Haji Ahmad Said mengumumkan Ahad ini (19 Jun) sebagai cuti umum bagi menghargai kejayaan pasukan Terengganu menjuarai Piala FA serta kontijen negeri ini menjuarai Sukan Malaysia (Sukma) XVI.

“Dengan kuasa yang ada pada saya sebagai Menteri Besar, dengan ini saya mengumumkan bahawa hari Ahad ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan atlet kita,” katanya sambil diiringi tepukan gemuruh lebih 7,000 orang yang membanjiri Dataran Shahbandar bagi meraikan skuad Terengganu dan atlet yang menyertai kejohanan Sukma dan muncul juara kali ketiga berturut-turut.



Skuad bolasepak Terengganu yang menjuarai Piala FA, menerima ‘durian runtuh’ berupa wang tunai RM10,000 setiap seorang daripada kerajaan negeri, sebagai ganjaran kemenangan tersebut.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata imbuhan itu merupakan ganjaran tambahan kepada para pemain dan pengurus pasukan skuad berkenaan yang sebelum ini dijanjikan hadiah berupa lawatan ke London jika mereka memenangi piala tersebut.

Selain itu, setiap pemain juga akan diberi hadiah berupa komputer riba hasil sumbangan Syarikat Top IT, sebagai penghargaan kepada mereka yang telah mengharumkan nama negeri ini.



“Manakala bagi atlet yang memenangi pingat emas pada kejohanan Sukma akan diberi wang tunai RM5,000 manakala perak RM3,000 dan gangsa RM2,000 seperti yang dijanjikan sebelum ini,” katanya pada majlis meraikan pemain Piala FA dan atlet Sukma di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.


Syabas Terengganu


ADIOS

No comments:

Post a Comment

komen jangan tak komen ;)