Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Saturday, October 15, 2011

Terengganu & TTeam ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2011


Ashaari (kanan) menjaringkan gol kedua Terengganu pada suku akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad, malam tadi.

Terbukti Terengganu mampu melahirkan pasukan bolasepak yang disegani di negara ini sesuai dengan hasratnya menjadi kuasa sukan baru negara.

Dua pasukan bolasepak Ganu Nelang – Terengganu dan T’Team semalam meletakkan dirinya layak ke Separuh Akhir Piala Malaysia dan menunggu masa untuk bertarung ke akhir selepas Terengganu sebelum ini meraih juara Piala FA 2011.

Keajaiban mencari dua lagi gol tak kesampaian dan juara Piala FA itu yang menang 3-1 di Kuala Terengganu, lebih berhak ke separuh akhir apabila bertahan kental memastikan kedudukan 2-2 kekal hingga tamat.

Penyandang juara Piala Malaysia, Kelantan tersingkir selepas tewas 5-3 secara agregat kepada Terengganu selepas keputusan seri 2-2 di Stadium Sultan Mohamad IV malam tadi sambil T-Team turut mengukir bangga apabila mengatasi Sabah, 2-1 dan agregat 4-2.

Menguasai saingan sepanjang 17 minit pertama, Kelantan gagal memanfaatkan beberapa peluang terhidang sebelum Ashaari Shamsudin menewaskan Khairul Fahmi Che Mat dengan bola lambung hasil umpanan Abdul Hadi Yahaya dalam serangan balas pada minit ke-18.

Di depan lebih 40,000 penyokong setia, The Red Warriors cuba bangkit tetapi skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim lebih tenang dalam mengatur serangan balas dan mendahului dua gol sebelum rehat apabila Ashaari sekali lagi menewaskan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-40.

Terengganu meneruskan asakan di babak kedua tetapi juara Liga Super, Kelantan yang dibimbing Datuk M Karathu merapatkan jurang pada minit ke-54 menerusi Azamudin Akil hasil kesilapan penjaga gol Sharbinee Allawee dan mengikat kedudukan menerusi sepakan penalti Badhri pada minit ke-70 selepas bola terkena tangan kapten Terengganu, Marzuki Yusof.

Ketika keajaiban mencari dua lagi gol tak kesampaian, juara Piala FA Terengganu yang menang 3-1 di Kuala Terengganu, lebih berhak ke separuh akhir apabila bertahan kental memastikan kedudukan 2-2 kekal hingga tamat untuk mara selesa

T’Team mengiring kemaraan pasukan ‘abang’ Terengganu ke separuh akhir apabila menewaskan Sabah 2-1 dalam saingan suku akhir kedua di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi untuk layak dengan agregat 4-2.

Namun di awal babak pertama, rumah, T-Team yang berbekal kemenangan 2-1 dalam perlawanan pertama, meresahkan penyokong sendiri apabila membiarkan barisan depan Sabah yang diketuai Zainizam Marjan mendominasi perlawanan dan hampir dihukum Alto Linus apabila rembatan penyerang itu singgah ke palang ketika penjaga gol, Mohd Zairi Hafiezi Idris sudah tertewas.

Di sebalik keghairahan Sabah mencari gol pendahuluan, rembatan rendah Fitri Omar meletakkan T-Team di depan apabila mudah menewaskan penjaga gol Sabah, Syed Adney Syed Hussein pada minit ke-28 selepas umpanan cantik Norfarhan Mohamad.

Bersemangat dengan gol pertama, dua cubaan Indra Putra Mahyuddin dan Fitri sekadar menyuntik semula semangat tuan rumah dan kesungguhan jentera serangan, membolehkan Zairo Anuar Zailani meletakkan T-Team dalam keadaan lebih selesa dengan rembatan kencang untuk gol kedua pada minit ke-67.

Sabah yang terus menunjukkan sifat melawan merapatkan kedudukan menerusi Mafri Balang pada minit ke-86 tetapi ia tidak cukup untuk menghalang kemaraan skuad Yunus Aliff ke separuh akhir.

Sementara itu kesungguhan semata-mata tidak mencukupi buat Perak untuk menandingi Selangor apabila tunduk 1-0 di gelanggang sendiri pada suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Perak, malam tadi.

Tuan rumah yang turun dengan semangat tinggi sebaliknya terpaksa menelan keperitan sekali lagi apabila sentuhan daripada sepakan percuma Shafiq Rahim menghukum anak buahnya Norizan Bakar sebelum Rudie Ramli mudah menanduk masuk bola tampanan Nasril Nourdin ke gawang yang kosong untuk gol tunggal perlawanan itu dan agregat keseluruhan 4-1.

Perak walaupun menguasai permainan tidak nampak kelihatan mampu menjaringkan gol kerana selain tidak banyak mencipta peluang turut mendapati benteng lawan terlalu kental untuk ditembusi.

Negeri Sembilan pula yang ketinggalan dengan agregat 0-1 menang bergaya di Paroi apabila bertemu Felda United dengan jaringan 3-0 menjadikan agregat 4-1.

Negeri Sembilan akan bertemu T'Team pada saingan separuh akhir nanti.

Utusan, Berita Harian. Harian Metro

Thursday, September 15, 2011

hebatnya Safee Sali


GOL PERTAMA SAFEE SALI-CARDIFF CITY

Penyerang sensasi negara, Safee Sali mempamerkan taringnya apabila meledak gol sulung pada hari pertama sesi latihan bersama Cardiff City di pusat latihan kelab tersebut, kelmarin.
Jaringan sulung Safee pada perlawanan lima sebelah itu begitu menarik apabila dia mengelecek pemain pertahanan skuad bimbingan Malky Mackay.

GAMBAR SAFEE SALI DALAM MEDIA LUAR NEGARA
SESI ujian Safee Sali ke Cardiff City mendapat liputan meluas di Britain yang menyiarkan berita mengenainya pada halaman utama ruangan sukan dengan menyifatkan penyerang kebangsaan itu sebagai ‘David Beckham Malaysia.’
Ia merupakan perkembangan terbaru Safee yang disampaikan oleh pengurus peribadi pemain itu, Zakaria Ab. Rahim yang bangga dengan pencapaian Safee pada hari pertama bersama kelab divisyen dua England itu.
“Sebelum meledak jaringan tersebut, Safee mempamerkan kehandalannya apabila mengelecek seorang pemain pertahanan skuad Bluebirds.
“Selepas menjaringkan gol, Safee dijatuhkan oleh pemain yang berjaya dilepasinya sebelum itu namun Safee tidak mengalami apa-apa masalah.
Tambah Zakaria, Safee mula menyertai sesi latihan kelab itu di Stadium Cardiff City buat kali pertama selepas berlatih di pusat latihan kelab itu Selasa lalu.
“Safee menunjukkan keserasian dengan pemain dan hubungan dengan rakan sepasukan yang lain amat baik.
“Jurulatih tidak menganggap Safee sebagai orang asing semasa latihan serta memberikan layanan yang sama seperti mana pemain lain,” katanya.

Menurutnya, Safee tidak mengalami masalah seperti tempat penginapan yang hanya lima minit berjalan kaki ke pusat latihan Cardiff City.
Sementara itu, mengenai laporan akhbar tempatan Wales yang menggelar Safee sebagai ‘David Beckham Malaysia’, Zakaria berkata: “Ia mampu menyuntik semangat Safee kerana ramai yang semakin mengenalinya.
“Cabaran berlatih di sana amat bagus buat Safee kerana dia dapat bersama dengan pemain yang jauh lebih tinggi tahap keupayaannya, terutama apabila berlatih dengan penyerang Cardiff City,” katanya.


Read more: http://www.enciknakal.com/2011/09/safee-sali-pamer-taring-di-cardiff-city.html#ixzz1Y039oAbD

Tuesday, September 6, 2011

Piala Malaysia- Terengganu

Perjuangan sudah bermula..........




Sime Darby vs Terengganu (Stdm MP Selayang) siaran tertunda Astro Arena 10.30 malam ini

Kumpulan Piala Malaysia 2011
KUMPULAN A
Kedah
Perak
Sabah
Johor
KUMPULAN B
Terengganu
Negeri Sembilan
Selangor PKNS
Kuala Lumpur Sime Darby
KUMPULAN C
Kelantan
Johor FC
Kuala Lumpur Felda United
Sarawak
KUMPULAN D
Selangor
PDBKT T-Team
Kuala Lumpur
PDRM

ADIOS

Tuesday, June 14, 2011

Terengganu kuasa besar sukan 2011

Salam......



Menteri Besar, Dato’ Haji Ahmad Said mengumumkan Ahad ini (19 Jun) sebagai cuti umum bagi menghargai kejayaan pasukan Terengganu menjuarai Piala FA serta kontijen negeri ini menjuarai Sukan Malaysia (Sukma) XVI.

“Dengan kuasa yang ada pada saya sebagai Menteri Besar, dengan ini saya mengumumkan bahawa hari Ahad ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan atlet kita,” katanya sambil diiringi tepukan gemuruh lebih 7,000 orang yang membanjiri Dataran Shahbandar bagi meraikan skuad Terengganu dan atlet yang menyertai kejohanan Sukma dan muncul juara kali ketiga berturut-turut.



Skuad bolasepak Terengganu yang menjuarai Piala FA, menerima ‘durian runtuh’ berupa wang tunai RM10,000 setiap seorang daripada kerajaan negeri, sebagai ganjaran kemenangan tersebut.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata imbuhan itu merupakan ganjaran tambahan kepada para pemain dan pengurus pasukan skuad berkenaan yang sebelum ini dijanjikan hadiah berupa lawatan ke London jika mereka memenangi piala tersebut.

Selain itu, setiap pemain juga akan diberi hadiah berupa komputer riba hasil sumbangan Syarikat Top IT, sebagai penghargaan kepada mereka yang telah mengharumkan nama negeri ini.



“Manakala bagi atlet yang memenangi pingat emas pada kejohanan Sukma akan diberi wang tunai RM5,000 manakala perak RM3,000 dan gangsa RM2,000 seperti yang dijanjikan sebelum ini,” katanya pada majlis meraikan pemain Piala FA dan atlet Sukma di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.


Syabas Terengganu


ADIOS

Aku dan Piala FA 2011

salam...

terus terang bila kalah 3-0 baru ni......luluh hatiku juga maklumlah lawan di tempat sendiri pun kalah....mungkin itu ingatan agar jangan terlalu yakin; jadi bila tengok final baru2  ni x le excited walaupun pada mulanya rasa best pelik je trg main sbb selalu dpt curi bola drpd pemain kelantan (ko org ingat senang ke nak rampas bola dari player kelantan...gua salute ko org). bila dapat gol penyamaan terus aku FB kawan MDB TA Jamaludin ( sokong TRW tu) ...dan kata "gilo mainan malam ni"..... x sangka jgk dpt gol dkt nak habis..

Kepada:

Pembaling Mercun Amatur,

UCAPAN TERIMA KASIH KERANA MENJADI PUNCA TERENGGANU MENANG PIALA FA 2011
Tuan/Puan/Cik 

Perkara di atas adalah dirujuk

thanks kpd pembaling mercun amatur, nyaris nak kena keeper Malaysia. membazir je ko beli mercun..... apa kejadahnya ko baling ke arah keeper Malaysia, ingat senang ke nak cari keeper yang bagus di malaysia, ko ingat  si Khairul Fahmi aka apek x cedera atau out performance .. kalau si keeper sharbinee cedera, letih le rajagobal cari keeper lain; seluruh penyokong Malaysia akan memaki ko mmg x tenang hidup lah

ni abang ko nak beritahu lain kali ko balinglah lagi ye...memang aku rasa malam tu ko x boleh tido pasal dah beri masa tambahan yg panjang............ kalau aku jadi ko aku x keluar rumah seminggu atau pun x payah pergi kerja sebulan...... 

aku rasa bukan si Daudsu yang jadi punca kelantan kalah tapi ko lah pembaling mercun amatur.dia memang x leh kawal speed masa berlari nak selamatkan bola, kalau si pembaling mercun jadi daudsu pun aku rasa ko lebih kurang sama je.. lagi pun dia org main dpt duit tapi ko baling habuk pun tadak...balik rumah pun menyesal pasal beri masa tambahan yg panjang

tu lah..... ko masuk ke stadium bukit jalil yg canggih tapi otak mental kelas ketiga ko yang ada klas tu buat menyemak je.... buat malu je peminat bola Malaysia.....

SEKIAN TERIMA KASIH
ni aku nak kongsi gambar kegembiraan aku penyokong ....gambar menceritakan segalanya















ADIOS

Monday, June 13, 2011

The Greatest Epic FA CUP 2011....Terengganu vs Kelantan

Salam

Blog aku hari ini memberikan penghormatan kepada pasukan bolasepak negeri kelahiran ku TERENGGANU

Biarpun kalah 3-0 dalam liga super sebelum perlawanan ini tetapi ini lah resmi Penyu...slow & steady

Kepada Anak /Penyokong Terengganu....pasanglah speaker kuat2 sambil menonton video ini.... pasti meremang bulu dan sedikit berair mata tanda gembira... -PETEH TRANUNG PETEH-




















-BERJUANGLAH DEMI TRANUNG-

ADIOS

Wednesday, June 8, 2011

Preview Final Piala FA 2011

Trio Penggempur Terengganu 2011



 Perang Budu 2011
 *Credit photography - Wawan Faiz & Mat redo1's
Tak kisah siapa yang menang tapi pantai timur menguasai bola sepak tahun ini. Amacam orait tak?

ADIOS

Wednesday, May 18, 2011

Demam Final Piala FA 2011


 Salam......

Seluruh Pantai Timur dah demam Piala FA 2011....demam demam... dari Rompin,Pahang hingga Rantau Panjang dan Bentong ke Dungun... habis cerita pasal Piala FA... adoi

Grrrrrrrr..!!!!!
mende tengok2....ada HUTANG!!!????


Penyu lwn Tok Gajah


yang ni opis mate yang terkena virus bola...stacy bah!!


tetiba je rambut cacak 
penuhnya stadium SINS ni...... 


aksi krabat pagor nak masuk stadium
 Begitulah bersemagatnya org ganu menonton bola ni..... kalau dah kuat ramai lah masuk stadium...kalau x kuat jangan haraplah stadium pecah panggung mcm ni.. risau juga ramai2 gini... maunya runtuh risau pulak..

dan akhirnya ...... TERENGGANU MENANG!!!

jom layan preview poster 2perlawanan akhir...


penyu lawan kijang......panjang tanduk kijang



nok gi mana piala tu?




Dan akhir sekali...................

hok ni yang mahalnya


x guna kita gocoh lepas game.... kita kan serumpun; sama makan budu dan berkongsi budaya sama dan sanak sedara yang sama...... ye kedok?


* credit kepada pereka grafik di atas.... banyak sngt nama

ADIOS

Monday, March 7, 2011

Jom Jogging

salam


jadi nak x nak aku pun mikir mcm mana le nak habiskan masa tunggu istriku yg lambat muncul jadi....aku pun BERJOGGING !!buang tebiat ke? bukan le ...sejak kolam renang di batu buruk dibuka semula ...sang isteri pun memulakan kembali tebiatnya iaitu : BERENANG

dah lama x panaskan enjin badan yok ..kenapa aku jogging
sebab mana ada tempat lain tiang bendera pacak  bendera Malaysia tepi pantai
wakaf yang besar...hari minggu mesti ramai lepak
gomen banyak belanja untuk beli benda ni...jadi aku menggunakannya jadi x membazir
trek yang menghadap pantai..sepoi2 bahasa..
jadi itu le sebab aku berjogging di pantai batu buruk disamping tunggu istriku yang suka berenang2 ketepian kolam yang dibuka semula selepas hampir setahun aku terpaksa dgr leteran nya "bila kolam nak buka" aku jawab "tanya le bandaraya....tanya abg buat apa."

itu saja kawang2.........MAJULAH SINGAPURA SUKAN UNTUK NEGARA 

bye

Friday, March 4, 2011

Lumayan

TAHNIAH !!!

Anak Terengganu dapat tanah
Anak Terengganu dalam pasukan kebangsaan memenangi Piala AFF diberikan hadiah berupa tanah,. jangan lupa sebelah kiri sekali "Mat Yo" anak Terengganu dari Besut pun dapat.. untungnya dia

ADIOS 

Tuesday, February 15, 2011

Peh Rooney

Aku rasa hang buleh main takraw le kalau lagu gini...

Setakat ni gol ini paling tercantik bagi BPL musim ni...

Thursday, February 10, 2011

Rupanya Safee Sali bakal dapat gaji lebih mahal dari PM Malaysia



According to published reports Safee would be paid a monthly salary of about US$10,000 (RM30,360) while Football Association of Selangor (FAS) would receive US30,000 (RM91,080) from, PJFC as compensation for buying out Safee’s existing contract, which was supposed to in December 2010.

FAM

gaji Perdana Menteri Malaysia – RM 22,826.65 sebulan tanpa elaun

Tuesday, February 8, 2011

Mohd Safee Sali...kau pergi jua

Akhirnya......


Akhirnya Safee Sali mengucapkan selamat tinggal buat Selangor FC.
Selangor FC



Destinasi seterusnya ialah

Pelita Jaya 


dan bukannya


Persib Bandung

Selamat Berjaya Safee Sali

UNTUK MALAYSIA!!

Sunday, January 9, 2011

Viva Malaysia!!!









rasanya tidak terlewat untuk mengucapkan tahniah kepada pas
ukan Malaysia kerana menjulang Piala AFF Suzuki & menyebabkan PM memberi CUTI !!! YAAAAHOOOOOOOOO!!!!!!!!!

namun sebelum kita merayakan kemenangan eloklah kita ingat kembali liku2 perjuangan skuad Harimau Malaya ni.... dengan perlawanan pertama...(cian jersi kuning bawak suwey katanya.....khurafat betui)



rasa mcm x ada harapan le kali ni yob... kena balun je lebih 3 gol....
lebih2 lagi massuk ke separuh akhir dgn bantuan jiran suam-suam kembang suam-suam kuncup (mcm ayat JOhan raja lawak pulak)






aku nak berkongsi kegembiraan,,walaupun x ke stadium tapi semangat & seram sejuk menyerap dalam tubuh. jom tengok koleksi. woooooooo Malaysiaaaaaa!!





dan lepas perlawanan...mcm2 le hal laser le..julia perez
 maaf le...aku rasa ni le gambar yg senonoh daripada pempuan skit bila google nama "julia perez", mmg muka mengeksploitasi tubuh je. aku rasa lawa "         "

nak suluh laser dari colinya..(hahaha ramai menunggu aksi tu)..cerita penyokong ganggu hotel penginapan, naik kereta perisai dan lain2.....aksi seterusnya








Jersi Malaysia AFF 2010

semangat membara di hadapan TV.. NGAUMAN HARIMAU MALAYA !!
dapat anugerah pemain bernilai AFF 2010 a.k.a hadiah saguhati pun ok le
pencetak gol terbanyak siapa lagi.......kalau bukan .......Safee Sali
detik itu dinantikan......
akhirnya piala dijulang !!!
dan perayaan bermula !!!
MALAYSIA JUARA !!!!!!!!!
Hari yg bersejarah untuk pengacara ini
x pasal2 mamat ni kena superimpose akan bermain dgn Man U atau Galacticos..padahal Liga Indonesia pun ok juga.


sabar pak..lain kali ye