Showing posts with label luahan. Show all posts
Showing posts with label luahan. Show all posts

Monday, January 30, 2012

Mr Celcom BB

Assalamualaikum


kredit : cik google


setelah 3 tahun setia bersama kami...dari rumah lama ke rumah baru; akhirnya BB yang ku cintai kini dijaga oleh mak angkat yang baru... puan omie....


jaga baik baik ye bb tu omie  :-)


ADIOS

Thursday, September 15, 2011

Kita merdeka 1948?

Ahli akademik pro-Umno Datuk Ramlah Adam menegaskan, polis yang berkhidmat ketika tragedi Bukit Kepong bukan polis British, sebaliknya berkhidmat dengan negeri Melayu yang berdaulat.

ramlah adam 150911 perkasaKatanya, pada zaman itu, British benar-benar menjadi penasihat kepada raja-raja Melayu dan arahannya tidak lagi mesti diikuti, berbeza dengan keadaan ketika Perjanjian Pangkor dimeterai pada tahun 1874.

"British buat perjanjian bertulis dengan raja-raja Melayu bahawa mereka ketua negeri masing-masing. Dan bila dilantik menteri besar, yang lantik menteri besar sultan, yang lantik pegawai kerajaan sultan. 

"British hanya British adviser (penasihat British). Buat kali pertamanya British adviser memang betul-betul adviser, berbeza dengan Perjanjian Pangkor 1874 yang ditulis bahawa nasihat itu mesti diikuti," katanya.

Bercakap dalam forum Mat Indera di Kuala Lumpur malam tadi, Ramlah berkata, selepas orang Melayu menolak Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada tahun 1948, raja-raja Melayu telah dipulangkan kuasa mentadbir negeri dan jajahan takluknya.

amin iskandar article 291008 merdeka"Hanya Kuala Lumpur bawah British (ketika itu)," tambahnya.

Sehubungan itu, katanya, dakwaan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bahawa polis pada masa itu bekerja untuk British dan Tunku Abdul Rahman sebagai pegawai British adalah "sangat salah".

"British hanya berkuasa dalam pentadbiran, bukan kedaulatan. Ini kejayaan Melayu terbesar, tolak penguasaan British melalui Malayan Union," katanya.







("Hanya Kuala Lumpur bawah British (ketika itu)"- Tambah pening kepala otak orang Malaysia... tempat-tempat lain seperti Selangor (dulu Kuala Lumpur adalah sebahagian daripada Selangor )bukan dibawah British? dah tu sebenarnya bila kita merdeka? 1948 atau 1957? songsang kepala aku)

Tuesday, September 13, 2011

Hairan bin Pelik

salam
........ hairan di rumah ku


mula2 pagar kemek...;
kemudian 2 biji batu dibawah pintu kereta; tapi tiada kemek kereta ;
pagi tadi hangar dibelakang rumah....tapi kain batik di atas atap.... 


??????????????????????????????


PELIK & AJAIB

Sunday, August 21, 2011

Jahilliah zaman dulu:- Arak baik untuk kesihatan


Jem jem jem sungguh........ modelnya ni agak2 org mende? mmmmmmmmm

Tuesday, July 12, 2011

Tempat baru


Status:-

Penat........
Tubuh & minda
Cuba menyesuaikan diri dengan cara kerja & budaya pejabat
Rasa Nak CUTI!!!! boleh x?

ADIOS




Tuesday, June 14, 2011

Aku dan Piala FA 2011

salam...

terus terang bila kalah 3-0 baru ni......luluh hatiku juga maklumlah lawan di tempat sendiri pun kalah....mungkin itu ingatan agar jangan terlalu yakin; jadi bila tengok final baru2  ni x le excited walaupun pada mulanya rasa best pelik je trg main sbb selalu dpt curi bola drpd pemain kelantan (ko org ingat senang ke nak rampas bola dari player kelantan...gua salute ko org). bila dapat gol penyamaan terus aku FB kawan MDB TA Jamaludin ( sokong TRW tu) ...dan kata "gilo mainan malam ni"..... x sangka jgk dpt gol dkt nak habis..

Kepada:

Pembaling Mercun Amatur,

UCAPAN TERIMA KASIH KERANA MENJADI PUNCA TERENGGANU MENANG PIALA FA 2011
Tuan/Puan/Cik 

Perkara di atas adalah dirujuk

thanks kpd pembaling mercun amatur, nyaris nak kena keeper Malaysia. membazir je ko beli mercun..... apa kejadahnya ko baling ke arah keeper Malaysia, ingat senang ke nak cari keeper yang bagus di malaysia, ko ingat  si Khairul Fahmi aka apek x cedera atau out performance .. kalau si keeper sharbinee cedera, letih le rajagobal cari keeper lain; seluruh penyokong Malaysia akan memaki ko mmg x tenang hidup lah

ni abang ko nak beritahu lain kali ko balinglah lagi ye...memang aku rasa malam tu ko x boleh tido pasal dah beri masa tambahan yg panjang............ kalau aku jadi ko aku x keluar rumah seminggu atau pun x payah pergi kerja sebulan...... 

aku rasa bukan si Daudsu yang jadi punca kelantan kalah tapi ko lah pembaling mercun amatur.dia memang x leh kawal speed masa berlari nak selamatkan bola, kalau si pembaling mercun jadi daudsu pun aku rasa ko lebih kurang sama je.. lagi pun dia org main dpt duit tapi ko baling habuk pun tadak...balik rumah pun menyesal pasal beri masa tambahan yg panjang

tu lah..... ko masuk ke stadium bukit jalil yg canggih tapi otak mental kelas ketiga ko yang ada klas tu buat menyemak je.... buat malu je peminat bola Malaysia.....

SEKIAN TERIMA KASIH
ni aku nak kongsi gambar kegembiraan aku penyokong ....gambar menceritakan segalanya















ADIOS

Friday, June 10, 2011

Keretaku Iswara

"kakinya diganti"


salam

tetiba pulak malam ni nak up date dalam blog x seglamer mana ni (glamer?? jauh panggang dari api). malam ni nak coretkan pasal kereta ku...entah le tetibanya nak cerita hal kereta ISWARAku....

kereta Iswara model 1997ku ni..banyak berjasa kepada tuan yg menulis blog. kenapa? kereta ni berusia 14 tahun ni lah yang menjadi teman sejati kepada ku sejak 2004; lama tu kawang2. Jatuh bangun dalam kehidupan ku disaksikan oleh kereta ku yang setia ni....... tahun 2004 kalau kereta Iswara masih lagi tip top,maklumlah harganya dan masa tu masih ramai lagi yang pakai kereta ni. kalau yang baru pun masa tu Gen 2. memang aku x mampu le nak beli.. masa tu sebut gen 2 mmg cantik tapi memandangkan aku masih baru bekerja & x mampu bayar bulan2 yg tinggi jadi akhirnya iswara lah menjadi pilihan. RM23k je masa tu.. bayarnya 331 sebulan 7 tahun..dan sekarang ni lega dah habis bayar. :) betul lah apa yang cakap kereta yang paling best ialah kereta x ada hutang. 

Kenangan bulan ramadhan 2010


haha...dengan pelbagai kerja gunakan kereta ni..;pahit manis dalam kehidupan dari zaman ada kerja ...x ada kerja...zaman ikut org kerja tp hasil pun x ada ( masa ni kereta ni banyak duduk dlm garaj kat kampung sbb  x ada duit nak isi minyak dan aku pun banyak zzzz atas kerusi kat rumah....mmg aku ingat le sampai ke akhir hayat)..dapat kerja di sebuah kolej di Dungun yang bergaji RM 500 sebulan (4 bulan) Ubest (keretaku jadi tempat bawak PA sistem kehulu kehilir dll) ....casligas (pindah ke Ktrg sampai sekarang) sampailah menjawat PTN...... ini lah kuda yang tunggang.. dari zaman bujang sammmmmmmpai berdua walaupun belum bertiga.
:)

sampai sekarang kereta ni lah ku guna.. walaupun ada kuda baru (sbb kereta ni pun dah sampai masanya berjalan dekat2) tetapi memandu Iswara mmg best..sbb? aircond yang sejuk...tahan lasak yang penting minyaknya yang berbaloi.

family belah mem aku panggil kereta ku ini kereta buruk (sampai hari mak panggil kereta buruk sob sob sob nasib baik kereta x mengajuk)...tapi ni lah kereta yang banyak berjasa. ayah aku di dungun rupa2nya berkenan nak guna kereta ni tapi aku dah cakap nak pakai 2 sbb wife nak guna utk kerjanya.... satu hari kat workshop pomen ada beritahu org tanya pasal kereta aku........mcm minat je nak beli katanya pasal enjin dan body masih cantik (kembang kuncup ,ada jugak org suka model iswara)..jawabku kereta nii nak pakai lagi..

kalau di pejabatku mungkin le kereta ku le yang paling lama.... mercedes lama ada juga tapi x kira le sbb org pandang kereta pasal brand...dah jadi showroom pulak parking kereta kat ofis... ada sorang lagi kawan yang pakai iswara namanya boy aka shahril..kiranya aku ada geng Iswara kat situ......

jadi aku buat keputusan untuk pakai kereta ni lagi untuk kegunaan harian dan x ada niat nak jual buat masa ni...sebab iswara adalah kereta yang LASAK!!! 

ADIOS

Sunday, April 10, 2011

Mengejutkan!!!

Add caption

ADAKAH INI TEMPAT SARANG GEJALA SOSIAL?




CUBA TURUN KE BAWAH























ADA KASUT? APAKAH?


























TEMPAT APAKAH INI??? ADA ORANG BERSOLAT...... TENTU ANDA TIDAK PERCAYA DIMANAKAH VISUAL INI DIRAKAM


JAWAPANNYA:-

























SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT !!!!





ini komen dari FB rakan baik ku semasa belajar di UiTM Shah Alam :-

Inilah rupanye surau di Grandstand F Litar F1 Sepang. Amat menyedihkan. Sbb tu lah every year bile race day je hujan lebat turun. Tp penganjur tak penah muhasabah diri utk baiki keadaan. Sudah pasti Allah menurunkan musibah....







petikan dari FB ku






SURAU GRANDSTAND F


sedarlah....... patutlah F1 ada budaya meraikan kemenangan dengan ARAK rupa-rupanya...... BILIK SOLAT seperti KANDANG KAMBING.... MASYAALLAH


ADIOS


Wednesday, March 23, 2011

Gelagat Nak Kahwin 2

Gambar hiasan semata-mata
besar bunga loan ni


Salam

Pelik le tengok zaman sekarang......

kalau bertunang besar-besaran; siap sewa pelamin, baju kahwin dan segala mak nenek berkaitan.. yelah katanya nak meriah. tapi x tahu sampai ke jinjang pelamin atau tak. DUIT !!!

Pelik le tengok zaman sekarang......

Kalau berkahwin besar-besaran tempah sana-sini...gegak gempita macam panggil sepenjuru alam...ada pulak pre wedding, wedding dan post wedding..DUIT!!!

Pelik le tengok zaman sekarang......

Aku tahu le duit tu duit ko orang dan ikut suka hati le sebab tak bersabit hidup mu dan ku tapi kalau dah menanggung hutang keliling pinggang nak memuaskan NAFSU memang sampai bila lah tergolok bergadai duit untuk persiapan perkawinan yang tak sampai beberapa jam tu. Dulu aku berhutang le jugak tapi sikit;walaupun sikit tapi betapa seksanya nak menghabiskan hutang dengan bunganya yang besar.. mentang2 le aku kerja x berapa best..Bank2 yang besar ni x terima permohonan ku jadi aku berhutang dengan Ekspres Cash CIMB BANK.. terima kasih lah CIMB kerana beri hutang kepada ku. Jadi kepada pegawai bank  (Bank Masyarakat) yang tolak permohonan ku dulu...JANGAN MIMPI LAH nak masuk ke pintu bank dan berhutang dengan bank kau.


Adios