Thursday, March 17, 2011

Tidak untuk Stesen Janakuasa Nuklear !!!

Fukushima Daiichi Nuclear Power Plant
Salam...

hari ni blog aku merakamkan ucapan takziah kepada mangsa Tsunami dan gempa bumi di Jepun...dan terbaru kesan radiasi dari stesen janakuasa nuklear Fukushima..

hari ini aku mengambil peluang untuk menyuarakan TIDAK kepada sebarang pembinaan janakuasa Nuklear di Malaysia... kalau Thailand dah tolak...tak kan kita pergi gatal2 nak bina janakuasa mcm ni. tak cukup ke dengan tenaga hidro di Kenyir tu? Jepun yang maju pun tidak boleh selesaikan masalah radiasinya kenapa kita  bina pula.

itu pendirian aku..

Adios..BYE

Tuesday, March 15, 2011

Gelagat Nak Kahwin




Bila tiba musim kahwin; teringat pulak gelagat si aizat masa nak menikah dulu.... ko orang tengok lah selanjutnya..... yang interprem tu pengacara hebat berbaju pink....wan mary.... JOM TERJAH






Adios 

BYE

lalat.......

hiasan semata-mata

dah 2 hari aku tengok lalat ni dalam opis aku ni.....pelik jg tetiba je ada lalat.. si Bad pun perasan ada lalat. selama ni x pernah pulak tgk lalat sesat kat sini. kenapa aku konpius..? sebab bangunan ni tinggi. agaknya lalat boleh terbang setinggi ni ke?

Masih konpius.... atau aku buat2 konpius

BYE

Saturday, March 12, 2011

Gopi & Shikin kahwin

Salam..

setelah berhempas pulas bertolak dari Dungun ke Kampung Beladau Kolam, Manir.. akhirnya dapat juga hadir ke majlis menyambut menantu gopi. Aku wajib pergi ke rumahnya sbb dia dtg ker rumahku masa aku kawin 3 tahun dulu. Ramai2 kawan aku masa belajar UiTM dulu; dia sorang je datang. Kebetulan dia handle pasukan KL masa SUKMA di Terengganu masa aku kawin

Ironinya masa dia mari kat rumah aku lebih kurang sama je aku pergi rumah dia tadi....dekat2 pukul lima. Kira hutang aku dah tertunai.

Gambar gelap mem aku lupa buka flash

SELAMAT BERBAHAGIA HINGGA AKHIR HAYAT

11311

Salam

Rupa-rupanya tarikh 11/3/2011 bersamaan hari Jumaat merupakan KIAMAT kecil bagi negara Timur Jauh.





Lapangan Terbang Sendai akan jadi Landmark bagi Tsunami kali ni





Footage ini adalah footage pertama ku lihat untuk berita Tsunami ini



Gempa bumi



Pening kepala tengok video ni..footage amatur paling tinggi tontonannya dalam utube mengenai peristiwa 11311

Semoga Allah merahmati hidup & melindungi kita dari bahaya ini

BYE

Friday, March 11, 2011

Tazkirah & Muhasabah







kredit Ustaz Azhar Idrus

Jumaat datang lagi....


Alhamdulillah.. Jumaat datang lagi, masa untuk bermuhasabah diri disamping berehat bersama isteri tersayang (skemanya ayat)..


Ye le asyik bekerja sampai lama betul aku x balik kampung. nama pun Dari TELUK LIPAT..
Balik sebab menghadiri sepupu berkahwin;kira sepupu yg kecik le. sekejap je masa berlalu...sepupu perempuan ni masih baby masa aku sekolah rendah. sekarang dah besar panjang dan dah nak jadi isteri orang. (aku dah tua le rupanya)



Jom Muhasabah di Hari Jumaat


credit kpd Ustaz Azhar Idrus

itu le coretan dalam pakse..hahaha

ADIOS