Showing posts with label kuliah. Show all posts
Showing posts with label kuliah. Show all posts

Thursday, September 8, 2011

Ustaz Azhar Idrus akan cakap tranung @tv Alhijrah

kredit FB ustaz azhar 






Ustaz Azhar Idrus @ tv Al-Hijrah... 

(astro: saluran 114, ) 
Rabu 14 September 2011 jam 9.00@9.30 malam
insyAllah, siaran yang memecahkan rekod penyiaran tv Malaysia




-TERKINI DIBATALKAN-

Monday, August 29, 2011

Renungan



Salam

Terkedu juga menonton VC Hari Raya ni. kadang2 kita terlalu taksub untuk hari raya sehingga mengabaikan Ramadhan terutama 10 malam terakhir bulan Ramadhan. betul juga masjid dan surau semasa ramdhan penuh tapi lepas tu....... jom layan

Friday, August 19, 2011

Inilah Kisahku-Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross



 Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross (Catriona Ross); nama yang x perlu diperkenalkan lagi.... x dinafikan semek ni lawa; maklum le org putih + kelate jadi baka gini le. "Mek Salmah dari Scotland" ni meme org Kota Bharu yang glamer. sebelum tu terima kasih kpd sriwasilah di youtube.puas cari dalam mana2 sumber katanya Inilah Kisahku cerita catt ni menarik. ada juga ayat2 dalam rakamannya yang buatkan kita terkedu...jadi hayati le sendiri.

Saturday, August 13, 2011

Inilah Kisahku-Wardina

Salam...


Wardina ialah artis yang tidak perlu diperkenalkan lagi....aku membesar pada zamannya;kiranya hampir seusialah Gen X. pada mula2 kenal sbg artis mestilah sbb menjadi model;finalis dewi remaja (aku doakan ramai lagi dewi remaja yang ikut mcm dia)

Dulu kakak aku pun pernah beritahu ayahnya mmg seorang ustaz dan pendakwah...bila banyak baca lagi rapat dengan ABIM...well betul kata nasyid Raihan;Iman tak dapat diwarisi...zaman tu mmg kalau tgk wardina mesti x percaya dengan perubahan sekarang....itulah namanya perubahan.

sebenarnya masa aku belajar di Uitm shah alam dulu; wardina ni ada seorang adik yang menjadi juniorku masa tu dia ambik diploma...bila baru masuk tu geng2 aku kata...."wei wei wei tu adik wardina". muka adik dia lain skit le..lawa wardina lagi (ngumpat lak) dan masa tu imej masih lagi "free".

kemudian meletop pasal si wardina pakai tudung..memang cantik siot dia pakai tudung; siap ada tudung wardina kat kedai. masa tu rasanya dia pakai tudung warna putih bunga merah posing dalam utusan malaysia...sempat lagi jadi skin winamp dalam komputer ....ceh zaman muda  punya cerita...ramailah zaman tu remaja2 mcm aku minat gila tgk wardina pakai tudung, tapi masa tu adik dia masih belum tukar lagi.....x lama kemudian 1 semester kemudian adik dia ikut jejak langkah.....Alhamdulillah akhirnya.. jadi itu dah cerita lama zaman kampus dholu2. Kisah wardina ni niatku bukan sbg umpatan atau lain2 niat tapi sbg muhasabah kita yang iman senipis bawang kulit bawang ni. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun hamba-hambanya.

Layan.... 



Friday, August 12, 2011

Poco2...

salam...

dulu mmemang gua ada le buat tarian ni tapi bila dah tahu ada yang mengharamkan jadi dh tinggalkan jom kita pakat2 dengar pagi2 jumaat bulan ramadhan




Adios

Monday, August 8, 2011

Shhhhh tidur.........

 Rahsia tidur Rasulullah SAW







 Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat. Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.

Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.

Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.

Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan.Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.
Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?

Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap,dibawahnya Syaitan/ Jin Betina.Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain.

Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa,Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin.

Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat" mereka ketika kita bersetubuh dulu.

Wallahu'alam. 

Friday, August 5, 2011

Inilah Kisahku- Sham Kamikaze



salam

sambil kita sibuk layan kerja seharian di bulan Ramadhan ni..jom kita renung2kan....dia ni dah berubah; aku dan kau org bila lagi? mmmmmmmmmmmm susah jg nak berubah kan? jom tonton...





Sunday, May 1, 2011

Jom dengar ceramah 4


jom kita dengar kuliah us.azhar idrus. bulan ni ada di Kedah,Pahang, Kelantan dan Selangor

Friday, March 11, 2011

Monday, February 7, 2011

Jom Dengar Ceramah

Ustaz Azhar Idrus
Sibuk bekerja seharian tak bermakna lupakan akhirat.. jom memburu ilmu bersama Ustaz Azhar Idrus . sambil mendengar ilmu; kadang2 kita tersenyum sendiri krn kejahilan kita. Jom penuhkan saf di tempat-tempat berikut moga Allah melembutkan hati dengan pengisian rohani.,.,,

Februari 2011
1/2 Selasa Masjid Geliga Kemaman.
2/2 Rabu Surau Bukit Bading, Ajil, Ulu Terengganu.
3/2 Khamis Surau Wan Esah Seberang Baruh, K.Trg.
4/2 Jumaat Surau Pak Tuyu, Mengabang Telipot, Trg.
5/2 Sabtu Masjid Banggul Peradung, Manir, Trg.
6/2 Ahad Surau Flat Gelong Bilal, Pasir Panjang, K.Trg.
7/2 Isnin Masjid Pinang Merah, Paka, Trg.
8/2 Selasa Surau Ladang, K.Trg.
9/2 Rabu Surau Flat Bukit Kecik, K.Trg
10/2 Khamis Masjid Batu Buruk, K.Trg.
11/2 Jumaat Surau Ladang, K.Trg.
12/2 Sabtu Surau Belakang Stadium Negeri, K.Trg.
13/2 Ahad Surau Flat Gelung Bilal, Pasir Panjang, K.Trg.
14/2 Isnin Masjid Simpang 4 Cenering, K.Trg.

15/2 Selasa Masjid Pengadang Baru, K.Trg
16/2 Rabu Surau Tok Guru Hj Bidin, Dungun, Trg.
17/2 Khamis Masjid Batu 6, K.Trg.
18/2 Jumaat Masjid Rhu Muda, Marang, Trg.
19/2 Sabtu Masjid Titian Baru, Kedai Buluh, K.Trg
20/2 Ahad Surau Flat Gelung Bilal, Pasir Panjang, K.Trg.
21/2 Isnin Masjid Cenderawaseh, Kuantan
22/2 Selasa Surau Ladang, K.Trg.
23/2 Rabu Surau Flat Bukit Kecik, K.Trg.
24/2 Khamis Masjid Kg Sireh, Kota Bahru, Kelantan.
25/2 Jumaat Surau Ladang, K.Trg.
26/2 Sabtu Surau Belakang Stadium Negeri, K.Trg.
27/2 Ahad Surau Flat Gelung Bilal, Pasir Panjang, K.Trg.
28/2 Isnin Masjid Pulau Ketam, K.Trg.