Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Friday, September 23, 2011

Undilah........





Sebuah Projek Kesedaran Sosial berbentuk Video Musik oleh Pete Teo demi menggalakkan tanggungjawap Mengundi. Lagu ini dipersembahkan oleh Afdlin Shauki, Namewee & Tengku Razaleigh Hamzah dan ramai anak Malaysia termasuklah @Aisehman, Baki Zainal, Bront Palarae, Chelsia Ng, Daphne Iking, Jehan Miskin, Johan F. Khairuddin, Karamjit Singh, Lai Ming, Lee Chong Wei, Nurul Izzah Anwar, Rosnah Abd Rashid Shirlin, Rina Omar, Reshmonu, Sharifah Amani, Sazzy Falak, Reza Salleh, Tengku Azmil Zahruddin, Tony Fernandes, Wardina Safiyyah, Wee Ka Siong, Yasmin Yusuf, Albert Law, A. Kohilan Pillay, Jason Lo, Mohan, Khalid Samad, Aizat Amdan, Tee Hui Ling, Usha Nandhini, Chia Ting Ting, Nur Farina, Sassi Tharan Rajoo, Nik Nazmi, Tony Pua & David Lai.


TERKINI : 
SKMM melalui e-mel kedua-dua Astro dan Media Prima Bhd, mengarahkan mereka tidak menyiarkan klip video yang mempromosikan hak untuk mengundi yang dihasilkan oleh pemuzik Pete Teo kerana Ku Li bercakap mengenai negara yang mempunyai masalah dan juga kerana ia memaparkan beberapa pemimpin pembangkang.

Selain dari Tengku Razaleigh, video ini juga mempunyai Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin dan tokoh-tokoh pembangkang Petaling Jaya Utara MP Tony Pua, Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar, Shah Alam MP Khalid Samad dan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad.


komen: maleh juga aku nak ulas benda mcm ni........kadang2 alasan SKMM pun x masuk akal.....nak promosi suruh pergi mengundi pun salah ke? mengundi ni elemen poltik...dalam politik ada pihak kerajaan & pembangkang,,,,bila pihak kerajaan dan pembangkang sama-sama ajak mengundi untuk segarkan demokrasi pun salah ke? makin bertambahlah orang x suka kerajaan sekarang kalau macam ni..... 

Wednesday, September 14, 2011

Soalan Matematik SPM?


Komen...........

Kalau betul le ada soalan SPM gini.... kakakakakakakakkakaah

Wednesday, August 24, 2011

Berkata benar walaupun pahit.


kredit :google



PETALING JAYA: Parti pemerintah dinasihatkan supaya mengambil iktibar daripada kejatuhan pemerintahan Muammar Gaddafi agar peristiwa serupa tidak berlaku di negara ini.

Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, fenomena yang melanda negara Timur Tengah itu sepatutnya membuka mata pemerintah bahawa rakyat kini menuntut sistem demokrasi dalam pentabdiran sebuah negara.

Sehubungan itu, beliau memberitahu parti pemerintah haruslah bersedia mengadakan pilihan raya dan membiarkan rakyat menentukan pemimpin yang mereka inginkan untuk mentadbir negara.

"Pemerintah tidak boleh mengukuhkan undang-undang sendiri kerana rakyat sudah menentukan keinginan mereka... malah kekuatan tentera dan polis juga tidak dapat menghalang kehendak rakyat," katanya ketika dihubungi mStar Online, Selasa.

Menurut Zainal, rakyat pada zaman sekarang sudah dapat berfikir secara rasional dalam memperjuangkan kebenaran dan keadilan di negara ini.

Bagaimanapun, beliau percaya pemberontakan sedemikian tidak mungkin akan berlaku di Malaysia kerana pada kebiasaannya sistem demokrasi berparlimen telah diamalkan sejak sekian lama.

"Tempoh untuk mengadakan pilihan raya masih ada sehingga April 2013... jadi saya rasa rakyat tidak akan memberontak," katanya.

Pada Isnin, rejim Gaddafi yang sinonim dengan pemerintahan kuku besi akhirnya tumbang selepas lebih enam bulan krisis berlaku di Libya.

Sekumpulan pemberontak berjaya menawan hampir seluruh bandar Tripoli tetapi nasib pemimpin Libya itu masih menjadi tanda tanya.

Mengulas mengenai insiden itu, Zainal berkata, masyarakat di Libya melakukan pemberontakan secara besar-besaran kerana ingin menghapuskan rejim autokratik yang diamalkan Gaddafi selama 42 tahun dan menegakkan sistem demokrasi.

"Peristiwa itu ibarat gerakan pembebasan terhadap kongkongan oleh pemerintah yang pada asalnya menghapuskan pemerintahan beraja. Gaddafi bertindak sebagai raja untuk memerintah negara itu dan menurunkan kuasa kepada anak-anaknya," ujarnya yang juga ahli akademik.

Susulan kekacauan yang menimpa negara pengeluar minyak terbesar dunia itu, beliau berkata harga minyak di pasaran dunia dijangka naik.

"Pengeluaran minyak akan tergendala akibat kekacauan itu tetapi jika pengambilalihan kuasa berjalan lancar, situasi tersebut mungkin mempengaruhi keadaan harga minyak di pasaran dunia," tambahnya

Friday, February 4, 2011

memang patut pun.......

entry hari ni ko orang rasa pelik...aku x suka revolusi atau seumpamanya tapi kalau gini le gerangannya, memang patutlah 2 ekor presiden ni kena guling .