Monday, May 9, 2011

Laluan sehala di Bandaraya Kuala Terengganu

salam....

lamanya tak update blog ku ini....sibuk 5s le dan mcm2 kalau update kat rumah mr lappy x le selaju mana seperti kat opis...ops  terlebih suda

ni ada makluman dari MBKT ..laluan sehala,manalah tahu ko orang ada nak datang ke Bandaraya Kuala Terengganu  ni dulu jalan ni blh 2 hala sekarang ni dah  jadi sehala... jom kita tgk jalan mana yang jadi sehala.


petikan dari FB MBKT
ALIRAN LALULINTAS BANDARAYA KUALA TERENGGANU

Pada 5 Mei 2011, Y.Bhg. Dato’Haji Adzlan bin Mohd Dagang, Datuk Bandar MBKT telah mengadakan sidang media berhubung aliran lalulintas di dalam bandaraya Kuala Terengganu. Demi keselesaan orang ramai, mulai 9 Mei ini, sedikit perubahan aliran lalulintas akan dilaksanakan di bandar ini di mana Jalan Sultan Zainal Abidin (dari Bulatan Batu Bersurat) sehingga ke Persimpangan Astaka akan dijadikan sebagai jalan sehala. Walau bagaimanapun, jalan dua hala masih dikekalkan dari Bulatan Batu Bersurat sehingga ke hadapan Sekolah Mememgah Agama Ladang (simpang ke Hotel Primula) bagi membolehkan kenderaan memasuki simpang ke Hotel Primula dan dari Hotel Primula keluar ke Bulatan Batu Bersurat. MBKT mengharapkan supaya orang ramai memberikan kerjasama dan juga memohon maaf terhadap kesulitan yang bakal dihadapi semasa perubahan aliran lalulintas ini dilaksanakan.

jengok2 lah ye

ADIOS

2 comments:

  1. nak buat jln sehala pulak ker..
    emm bila nak start ni..mesti pening nanti

    ReplyDelete
  2. org ramai doh bising psl myusahkan pendudduk n peniaga sekitar..hrp pihak krjaan ambik perhatian

    ReplyDelete

komen jangan tak komen ;)