Thursday, April 28, 2011

5S yang menyesakkan

salam

lama bebenor x mengupdate blog hambe ni...... maklum le sesubuk memanjang....wife pun dah boring tunggu rumah je.... penin.. layan le beberapa hasil korje aku ni yang dicilok


ni le sebahagian 5S tu

mengejas menjadi..... sorry x leh tunjuk

layan le lagu saleem ni jomm!!!

Friday, April 22, 2011

Lagu nostalgia



tetiba pulak terdengar dalam IKIM.FM pasang nasyid ni... lagu lama yang meremangkan bulu roma ku....dan masih lagi meremangkan bulu romaku

WAHAI UMMAT ISLAM ....PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI

Tuesday, April 12, 2011

Pasar Malam di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu

Salam.... nak berkongsi maklumat senarai pasar malam di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu... 


Bil.     Nama Tempat                                         Hari Operasi                           Masa Operasi


1         Pasar Cabang Tiga                              Sabtu                                       4.00 Petang - 10.00 Malam
2         Pasar Telok Ketapang                         Jumaat                                     4.00 Petang - 10.00 Malam
3         Kampung Gong Tok Nasek                  Khamis                                      4.00 Petang - 10.00 Malam
4         Wakaf Tengah                                    Rabu                                         4.00 Petang - 10.00 Malam
5         Taman Permint Jaya                           Ahad                                         4.00 Petang - 10.00 Malam
6         Kampung Atas Tol                               Isnin                                         4.00 Petang - 10.00 Malam 
7         Batu Rakit                                           Ahad, Rabu                              4.00 Petang - 10.00 Malam
8         Wakaf Temesu                                    Isnin                                         4.00 Petang - 10.00 Malam
9         Pasar Manir                                         Isnin                                         4.00 Petang - 10.00 Malam
10       Gong Badak                                         Selasa                                      4.00 Petang - 10.00 Malam
11       Chendering (Puspakom)                      Selasa                                      4.00 Petang - 10.00 Malam
12       Pengadang Baru                                  Selasa                                      4.00 Petang - 10.00 Malam
13       Serdang Baru                                       Rabu                                        4.00 Petang - 10.00 Malam
14       Kampung Baru Seberang Takir            Sabtu                                        4.00 Petang - 10.00 Malam
15      Tok Adis                                                Rabu                                        4.00 Petang - 10.00 Malam
16      Pak Tuyu                                              Khamis                                      4.00 Petang - 10.00 Malam            
17      Jalan Pasir Panjang                              Khamis                                      4.00 Petang - 10.00 Malam                    
18      Pulau Duyung                                       Jumaat                                     4.00 Petang - 10.00 Malam
19      Taman Shahbandar                              Jumaat                                     4.00 Petang - 10.00 Malam                  
20      Kampung Laut                                      Jumaat                                     4.00 Petang - 10.00 Malam

Selamat Membeli belah
ADIOS

Sunday, April 10, 2011

Pertukaran Guru

statistik permohonan pertukaran guru


anda buat lah penilaian melalui statistik di atas..... ramainya guru nak balik ke Kelantan dan ramai yang mohon keluar dari Sarawak


ADIOS

Mengejutkan!!!

Add caption

ADAKAH INI TEMPAT SARANG GEJALA SOSIAL?




CUBA TURUN KE BAWAH























ADA KASUT? APAKAH?


























TEMPAT APAKAH INI??? ADA ORANG BERSOLAT...... TENTU ANDA TIDAK PERCAYA DIMANAKAH VISUAL INI DIRAKAM


JAWAPANNYA:-

























SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT !!!!





ini komen dari FB rakan baik ku semasa belajar di UiTM Shah Alam :-

Inilah rupanye surau di Grandstand F Litar F1 Sepang. Amat menyedihkan. Sbb tu lah every year bile race day je hujan lebat turun. Tp penganjur tak penah muhasabah diri utk baiki keadaan. Sudah pasti Allah menurunkan musibah....







petikan dari FB ku






SURAU GRANDSTAND F


sedarlah....... patutlah F1 ada budaya meraikan kemenangan dengan ARAK rupa-rupanya...... BILIK SOLAT seperti KANDANG KAMBING.... MASYAALLAH


ADIOS


Wednesday, April 6, 2011

Video...oh video

KENYATAAN MEDIA
5 April 2011


PUM KESAL MEDIA ARUS PERDANA
MENYEBARKAN VIDEO SEKS

PUM merasa amat kesal dengan pendedahan gambar apa yang didakwa perlakuan dalam video seks yang disiarkan dalam media arus perdana pada hari ini. Atas nama apa alasan sekalipun penyebaran ini adalah suatu tindakan yang jahat, fitnah dan melampaui batasan akhlak, moral dan budaya malah menyalahi etika kewartawanan yang serius.

Trend  membuka aib dan menyebar fitnah bukan norma budaya Melayu Islam. Malah menyalahi undang-undang dan etika mana sekalipun di dunia ini. Mereka yang terlibat dalam pembikinan video, penyimpanan, penyebarannya adalah jelas HARAM di dalam Islam. Mereka bukan sahaja merosakkan diri, keluarga dan masyarakat, malah turut mempromosikan kejahatan yang bakal mengundang laknat dan bala daripada Allah.

PUM kesal kerana media telah menjatuhkan “hukuman” setelah keaiban dan fitnah didedahkan.  Di samping itu, Dewan Rakyat yang sepatutnya menjadi medan membahaskan usul dan isu besar Negara kini turut mahu dijadikan panggung wayang video seks. PUM  membantah keras penyebaran video yang mengaibkan ini dan tindakan untuk mendedahkannya melalui media dan cadangan untuk ditayang di Dewan Rakyat adalah suatu kerendahan moral parlimen dan menjatuhkannya ke tahap yang hina dan tidak masuk akal.

PUM  sangat kesal terhadap ujudnya golongan yang beria-ia benar untuk menjadikan fitnah seks sebagai isu yang diberi tumpuan terpenting dalam Negara padahal terlalu banyak isu nasional yang lain dan yang lebih penting harus dibahaskan.

Saling cabar mencabar dalam Parlimen untuk menyaksi video lucah menandakan kerendahan akal budi wakil rakyat ketika mereka dianggap sebagai insan yang mempunyai daya pemikiran dan budi yang tinggi.

Pihak yang beralasan bahawa wakil rakyat terlindung dari undang-undang yang membolehkan mereka menonton video lucah sebenarnya dijangkiti penyakit barah politik "sampah" yang busuk dan hanyir.

Bukan sahaja mereka mahu semuanya dihalalkan malah permainan politik sudah tidak lagi dikawal oleh sebarang batas agama mahupun moral. Pokoknya apa sahaja boleh dilakukan demi mempertahankan kuasa .

PUM sekali lagi mengharapkan agar perkara ini dihentikan demi menyelamatkan maruah agama, bangsa dan negara. Pembuka aib dan penyebar fitnah tidak akan selamat dunia dan akhirat, malah dilaknat oleh Allah.

PUM mengharapkan KDN memberi amaran dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pengamal media terhadap penyebaran gambar video ini kerana secara jelas telah menyalahgunakan undang-undang sedia ada. Kegagalan berbuat demikian adalah tanda kepada kemusnahan dan kehancuran negara.

Menyedari kegagalan pihak berkuasa sedia ada, PUM akan memohon campurtangan Majlis Raja-Raja untuk bertindak dengan segera bagi mengambil tindakan `menghentikan kejahatan dan maksiat yang dipromosikan  ini.


DR. MOHD ROSLAN MOHD NOR
Setiausaha Agung
Persatuan Ulama Malaysia

Sunday, April 3, 2011

Saturday, April 2, 2011

Minyak RON 97 naik harga lagi



Salam..... hari ni korang gelabah ye sebab RON 97 naik harga. ada yang kisah dan ada yang tak kisah... "aku x pakai pun RON 97, buat apa aku pening". bila aku tengok dan belek webblog dan komen2..jadi aku nak berkongsi le dgn ko orang jadi... layanzzzzz


"kereta perodua kelisa tahun 2003 lepas beli terus overhaul dan diteruskan dengan maintainance yang aku buat sendiri sejak pakai 2 tahun lepas. aku pakai semua part OEM dan lubricant yang dicadangkan oleh pengeluar; perodua

(ron95)dengan pemanduan biasa di bandar satu tangki penuh dapat bertahan 1.5 hari dan bila mana aku check spark plug (palam pencucuh) memang tebal karbon daripada biasa.

(ron97)dengan pemanduan biasa di bandar satu
tangki penuh dapat bertahan sehingga pagi hari ketiga.spark plug tak terjejas.

basically aku tak nak kata ron95 ni tak bagus ke sampah ke.
tapi kalau nak kata jimat tu pada aku tak lah kot. sama je macam pakai ron97.
tapi kalau ikutkan ekonomi adalah lebih baik guna ron97 sebab maintainance nanti tak teruk sangat."

Jom Dengar Ceramah 3


Maharaja Lawak....gelanggang dibuka !!!!



Sejarah Melayu & Fitnah



Salam......

pagi ni kita cuba merenungi siapa kita dan peristiwa hari ini.....sejarah adalah pelajaran..pelajaran adalah pedoman dan akhirnya pedoman lah yang menjadi petunjuk bagi bekalan ke akhirat...selamat menghayati
Prof Abu Hassan menyingkap kembali sejarah Melayu yang menurutnya adalah bukti kepada sikap sesetengah orang Melayu yang menggunakan fitnah sebagai senjata politik mereka semenjak zaman dahulu lagi.

"Hang Tuah difitnah berzina dengan gundik raja, sehingga menyebabkan dia terhukum bunuh dan seterusnya mencetuskan kebangkitan revolusi Hang Jebat yang kemudian menyebabkan pertempuran saudara di Melaka.

"Begitu juga fitnah ke atas anak perempuan Sang Rajuna Tapa yang dituduh berzina dengan seorang pemuda di Temasik akhirnya menyebabkan pergelutan antara dua kuasa dan menyebabkan penjajahan Majapahit ke atas Singapura.

"Kita juga diberitahu dalam sejarah tentang kisah Mahsuri yang dituduh berzina dengan Deramang yang menyebabkan pembunuhan ke atas Mahsuri, jadi isu-isu ini adalah berhubungan dengan politik Melayu.

"Dalam keadaan bangsa lain telah berjaya mencipta Google, Facebook, Twitter, iPad, dan sebagainya sedangkan bangsa kita pula tidak habis-habis hidup seperti apa yang dilalui oleh Hang Tuah, Sang Rajuna Tapa dan Mahsuri," jelas beliau.